Monday, November 29, 2010

AKTA SEWA BELI 1967 ( akta 212 )

   Salam kpd semua.....
aku sedaya upaya bersikap nutrel dlm penulisan aku di dlm blog ini utk kebaikan semua pihak yg membaca.Pd zaman ini pelbagai elternatif boleh digunakan oleh masyarakat utk mendptkan maklumat.Akta Sewa Beli 1967 mula2 guna pakai di Malaysia pd 11 April 1968 setelah digubal & diluluskan oleh Perlimaen Malaysia pada 1967.Aku tidak bercadang utk mengulas secara penuh mengenai akta ini kerana aku bknlah org yg sesuai utk mengulas mengenai undang2 ini.Walau bagaimanapun aku akan membincangkan beberapa seksyen utama di dlm akta ini.
    sek16(1) menyatakan pihak bank boleh menarik balik hak milik sebuah kenderaan seperti mana yg dinyatakan didlm perjanjian sewa beli sekirannya" terdapat 2 igkaran berterusan tentang atau suatu ingkaran pembayaran berhubung sgn pembayaran akhir dan beliau tlh menyerahkan kpd penyewa suatu notis bertulis tidah kurang dr 21 hari selepas serahan notis tersebut.
     sek16(1A) sekirannya seseorang penyewa telah meninggal dunia pihak bank boleh menarik balik hak milik sesuatu barang seperti mana dalam perjanjian sewa beli setelah penyewa gagal menjelaskan ansuran selama 4 bln berturut2.Walau bagaimanapun sek16(2) mengecualikan pihak bank memenuhi peruntukan pd sek 16(1A) sekirannya ada alasan yg munasabah.
    sek37 dengan jelas menyatakan penyewa dikenendaki menyatakan dimana barang disimpan atau dlm milikan siapa setelah suatu notis diserahkan kpd penyewa dlm tempoh 14 hari,Sekirannya penyewa gagal menyatakan dimana brgan tersebut disimpan,maka penyewa tlh melakukan suatu kesalahan dibawah akta ini,
    sek44.menyatakan afidavit atau keterangan lisan seorng pemunya atau pekerjanya atau ejennya tentang hantar - serah,kiriman atau penyampaian apa2 notis atau dokumen yg dikehendaki atau diberikuasa utk disampaikan di bawah akta ini boleh diterima sebagai bukti PRIMA FACIE.(seksyen ini boleh diguna pakai apabila penyewa sering menafikan tidak ada menerima apa2 notis peringatan dr pihak bank berhubung kegagalan atau kelewatan membuat pembayaran)
     sek46.menyatakan mana2 pihak yg melakukan kesalahan dibawah akta ini sekirannya tlh dibuktikan & sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000 atau penjara bg tempoh tidak lebih dari 6 bln.
     Ini adalah sebahagian dari peruntukan yang terkandung didalam akta ini yg perlu diketahui oleh penyewa dan juga repossessor yg terlibat sepenuhnya didlm akta ini.Kita jgn menjadi buta ilmu & menjadi katak dibawah tempurung yg lansung tidak mahu mangambil tahu hak2 kita.
     Mungkin ramai yg tertanya2 kenapa aku kerap menggunakan perkataan penyewa.Penyewa bermaksud org yg berhutang dgn pihak bank yg mana pihak bank adalah pemilik sebenar kenderaan tersebut sehinggalah penyewa melangsaikan semua tunggakan.Ini apa yg dinyatakan oleh undang2......





     

KUASA2 REPOSSESSOR

     Seorg repossessor tlh diberi kuasa dibawah seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967 untuk menarik balik hak milik sebuah kenderaan yg terkandung didalam Perjanjian Sewa Beli 1967.Anda dinasihatkan untuk mengetahui hak2 anda sebagai penyewa seperti mana yg terkandung didalam Akta Sewa Beli 1967.Adakah anda sendiri tahu apa yg anda tandatangani semasa proses perjanjian sewa beli ditandatangani?jgn main sain je....
     Seorg repossessor boleh manarik balik hak milik sesebuah kenderaan yg diarahkan oleh pihak bank seperti mana yg terkandung didalam Repossassiaon Order sekirannya kenderaan tersebut berada dikawasan yg dikategorikan bkn kawasan larangan atau kompaun yg tidak berpagar.Sekirannya kenderaan tersebut berada didalam kompaun berpagar,repossessor masih boleh menarik balik hak milik kenderaan tersebut dgnm keizinan pemilik kompaun atau dgn Court Order.Sekirannya penarikan dilakukan tanpa kehadiran penyewa,ianya masih dibenarkan oleh undang2.Setiap penarikan yg dilakukan oleh repossessor perlu dibuat laporan polis di balai polis kawasan kenderaan ditarik walaupun laporan polis tersebut dibuat mana2 balai polis.

DILEMA REPO....

    Asmkum & salam sejahtera all repoman at msia...
Pertama kali aku coretkan warkah ini utk tatapan semua rakan2 repo di Msia.Sepanjang 10 thn  aku bergelumang dgn pelbagai kerenah "penyewa" kereta yg ditarik oleh bdk2 repo.Untuk paparan kali pertama ini aku akan menceritakan bagaimana aku boleh menjadi sorg Repo Man.Ianya bermula setelah aku ditahan kerja sebagai penjawat awam pd awal mac 2000.Kali pertama aku bergelar Repo Man setelah secara tidak sengaja aku dipelawa oleh sorg kenalan yg bersimpati dgn nasib aku yg terumbang abing dgn pendapatan yg tidak seberapa.Bermula dgn mencuba nasib akhirnya aku kini salah seorg Org Lama dlm dunia repo di Ipoh.Biar aku perkenalkan sahabat lama aku itu dgn nama "S".Dia salah sorg repossessor yg aktif untuk May Bank pd masa itu.(kini dah letak jawatan & menjadi Gengster sepenuh masa.)Kali pertama "jln" agak kekok jg dgn istilah "chek payment","comfirm payment","fresh RO","wayang""pancing","stop payment","4th Shdle" dan pelbagai istilah lain yg digunakan oleh repossessor.Pada masa itu mana ada lg lap top mcm skrg.Skrg bdk2 repo dah senang byk.Main tembak je.Repossessor mesti arif tentang nama jln,taman,menghafal plate & model kereta yg dicari utk ditarik.Mula2 tu Allah sj yg tahu bertapa seksanya nanti tarik sebiji kereta.Aku jg dilatih mcm mana nak "sentap" kunci kereta.Mula2 tu cuak jg le.Gila apa!seumur idup tak pernah sentap kunci kereta org tetiba disuruh buat keje mcm penyamun!Alasan member aku ni senang je,kalau kita tak dapat sentap kunci kereta susah kita nak berurusan dgn owner kereta.Antara "Ajaran Sonsang" yg diajar ialah JGN PERCAYA KPD PEMILIK KERETA!Time inilah kita boleh tgk pelbagai lakonan mengalahkan PELAKON LELAKI & WANITA TERBAIK PESTA FILEM MALAYSIA!!!Tak ada seorang pun yg mengaku kesilapan mereka yg gagal menjelaskan ansuran blnan kpd pihak Bank.Alasan yg paling popular ialah " KAMI TAK DAPAT SURAT DR BANK"
    Aduh!!!petak jap kepala otak bila dia orang ckp mcm tu...mana ada orang nak mengaku BERAK TP JLN.....Rasa kesian memang ada,tp member aku suruh aku pegang pada 1 prinsip 'TIME HANG SUSAH DEPA TAK HANTAR BERAS KAT RUMAH HANG'Sebenarnya byk lg yg aku nak coretkan disini tentang pengalaman perjalanan aku sebagai Repo Man tp cukuplah utk kali pertama ini.Aku akan kongsi lg sedikit sebanyak perjalanan suka & duka kehidupan sebenar sebagai Repo Man utk tatapan & renungan semua yg melayari blog ini
   Wslm...///