Tuesday, December 21, 2010

BELI KES....ADUH !!!

    Salam......
     Bersua kembali kita di Dilema Repo pada kali ini.Aku akan memperkatakan mengenai satu sinario yang kebelakangan ini banyak di hadapi oleh para repossessor semasa penarikan dilakukan.Ada segelintir repossessor sendiri,xrepossessor serta kenalan2 dari kelompok tertentu didalam ahli Pekida,Pekima,Sahabat,Putera atau mana kelompok tertentu masuk campur atau cuba menghalang penarikan dilakukan sama ada penarikan dilakukan oleh repossessor melayu,india,cina,bengali atau mana2 etnik lain yang terlibat.Ada diantara mereka ini boleh dibawa berunding dan ada juga yang lansung tidak boleh dibawa berunding setra bertindak agresif untuk menghalang penarikan dilakukan.
    Antara alasan yang sering digunakan untuk menghalang penarikan dilakuakan ialah,pemilik kereta tersebut ada dari kelompok mereka atau ada pertalian darah serta satu pertalian lain yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.Sekirannya perkara ini terjadi,biasanya satu table talk akan diadakan diantara repossessor dengan orang yang cuba menghalang penarikan tersebut. Ada kalanya situasi tersebut akan berakhir dengan kedua-dua pihak berpuas hati danb kadang kala berakhir dengan pergaduahan yang sudah tidak dapat dielakkan sekirannya kedua-dua pihak enggan bertolak ansur.Sekiarannya pergaduhan berlaku sudah pasti akan melibatkan pihak ketiga iaitu PDRM.
    Sekirannya melibatkan pihak PDRM sudah tentu kedua-dua pihak yang terlibat akan menghadapi kesulitan sekirannya pergaduhan tersebut dikasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.Sekirannya kejadian tersebut telah diklasifikasikan di bawah seksyen tersebut maka pihak PDRM terpaksa membuat tangkapan terhadap keuda-dua pihak yang terlibat!Siapa yang susah?Siapa yang rugi?sudah pasti mereka & keluarga mereka!!!Jika kejadian tersebut berlaku kebiasaannya pihak yang akan dipersalahkan adalah REPOSSESSOR!!!Satu anggapan yang sentiasa berada diminda pihak berkuasa ialah,repossessor adalah golongan yang sering menimbulkan masalah.
     Aku tidak mahu mengulas sinario tersebut dengan lebih panjang kerana ianya melibatkan unsur-unsur perundangan dan aku akan dianggap cuba mempertahankan pihak repossessor.Ada juga situas dimana apabila sesebuah kereta telah ditarik dan telah disimpan didalam store,ada pihak-pihak tertentu telah mengambil tindakan yang lebih DRASTIK dengan memecah masuk ke store tempat penyimpanan kereta dan merampas semula kereta tersebut dan dibawa keluar dari store.Haru-haru........Pernah terjadi kira-kira dua atau tiga tahun yang lalu di sebuah tempat penyimpanan kereta di Butterworth P.Pinang seorang pengawal keselamatan store tersebut telah mati di bunuh apabila store tersebut telah diserang oleh beberapa oenag lelaki tang tidak dikenali dan telah merampas semula kereta yang disimpan didalam store tersebut.Akibatnya beberapa ornag telah ditangkap dan kini dalam proses perbicaraan.
     Ada juga situasi dimana repossessor yang menarik kereta tersebut di pukul atau di paksa mengeluarkan semula kereta yang ditarik dengan pelbagai cara yang tidak masuk akal.Golongan ini bertindak diluar batas pemikiran logik kita dan bagi mereka tidak ada istilah mengundur sebelum kereta diperolehi semula.Sekiarannya mereka gagal mengeluarkan semula kereta yang ditarik dari store ada juga yang akan bertindak menrik balik kereta-kereta yang digunakan oleh repossessor sebagai tindakan membalas dendam.Kebiasaannya repossessor sendiri menggunkan kereta-kereta yang tidak dijelaskan ansuran bulanan kepada pihak bank.......Ya,ya......aku tahu.Memang tidak adil !!!Kalau repossessor boleh menggunakan kereta yang tidak dibayar ansuran bulananya mengapa orang lain yang gagal menjelaskan ansuran bulanan kereta mereka boleh ditarik?Persoalan ini sememangnya sudah lama berada dibenak dan minda masyarakat kita.Seolah-oleh repossessor sendiri ada imuniti...Sebenarnya ini adalah satu amalan sejak lama dahulu dan menjadi trad mark kepada semua repossessor.Seingat aku sejak aku menjadi repossessor selama 10 tahun iannya telah diamalkan oleh OTAI-OTAI Repo sebelum aku.
    Ada juga situasi yang berakhir dengan baik tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini dikedua-dua pihak apabila adanya persefahaman yang aku sendiri sukar jelaskan.Yang pasti ianya melibatkan wang,maruah,serta timbang rasa diantara kedua-dua piahk yang terlibat.  Perlu diingat,semua manusia memarlukan wang untuk menyara hidup dan kerana wang jugalah manusia berkerja.Aku tidak percaya lagi kepada ungkapan  BERKHIDMAT UNTUK NEGARA....AKU BUAT SEBAB SUKARELA.... atau apa-apa ungkapan yang sewaktu dengannya !!!

Sunday, December 19, 2010

MASYARAKAT & REPOSSESSOR

  Salam....
   Bersua kembali kita di blog aku ni....kali ini aku akan memperkatakan tentang masyarat kita,ya....tanggapan masyarakat terhadap repossessor.Hampir 90% masyarakat di negara ini sentiasa berpandangan negatif terhadap repossessor.Agak sukar kita mengubah pandangan masyarakat terhadap perkerjaan ini dan juga individu yang melakukan kerja ini.Majoriti masyarakat beranggapan repossessor adalah samseng,tidak berperikemanusiaan,tidak berhati perut,pentingkan diri sendiri dan tidak boleh bertolak ansur.
    Bagi membuktikan perkara ini,sila sign in ke fb malaysia repo & anda akan dapati ada pelbagai komen dan kutukan terhadap repossessor.aku pasti setiap hari repossessor akan berhadapan dgn pelbagai kerenah dan maki hamun serta rayuan yang kadang kala tidak masuk akal dari pemilik kenderaan semasa penarikan hendak dilakukan. Antara ungkapan yang sering dilontarkan oleh pemilik kenderaan adalah mengenai bangsa dan agama.Mereka menggunakan alasan sesama bangsa dan agama untuk mengelak kereta mereka dari ditarik.Sedangkan mereka sendiri tahu mereka gagal menjelaskan hutang yang wajip dibayar dan penarikan terpaksa dilakukan oleh pihak bank bagi memastikan hutang tersebut boleh dikutip dari mereka.
   Sebenarnya repossessor adalah golongan yang melakukan suatu tugas yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang.Bukan senang berhadapan dengan masyarakat yang mindannya telah diajar dari awal bahawa repossessor adalah golongan yang tidak berperikemanusiaan.Perlu diingat,repossessor bukanlah kakitangan bank yang dibayar gaji bulanan,kwsp dan sokso.Repossessor adalah agen bebas yang bergerak secara bersendirian dan menjadi ahli kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.Untuk menjadi ahli persatuan ini repossessor perlu mendapat perakuan dan rekemantasi dari pihak bank terlebih dahulu.Repossessor akan di audit,diperiksa latar belakang kewangannya oleh pihak bank sebelum diperakui menjadi ahli kepada persatuan syarikat2 sewa beli Malaysia.Sekirannya bakal repossessor sendiri disenarai hitamkan oleh Bank Negara maka dia tidak layak menjadi ahli Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.Untuk menjadi ahli repossessor juga perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM400 semasa pendaftaran kali pertama dan yuran tahunan sebanyak RM200. Hanya repossessor yang berdaftar sahaja diberi kuasa untuk menjalankan kerja2 penarikan berserta arahan penarikan dari pihak bank dan diberi kad kuasa oleh pihak bank.
    Aku sendiri tidak pasti kenapa masyarakat kita sentiasa berpandangan serong terhadap repossessor.Tidak dinafikan terdapat juga segelintir kecil repossessor terlibat dgn jenayah dan kekerasan semasa melakukan kerja2 penarikan.Kami bukanlah maklaikat....Kadang-kala apabila berhadapan dengan pemilik2 kereta yang agak tegar,kekerasan atau kata2 kesat pastinya berlaku sama ada provokasi atau tindakan pemilik kereta sendiri yang enggan berkerjasama.Sekirannya perkerjaan ini adalah sesuatu sumber pendapatan yang tidak halal aku pasti Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengharamkan perkerjaan ini dari dilakukan oleh repossessor yang beragama Islam!Haramkah pendapatan yang diperolehi oleh repossessor jika melakukan kerja ini???Jauh di sudut hati aku,aku yakin pendapatan ini bukannya haram kerana kami cuma melaksanakan tugas mengutip hutang dari golongan yang mungkir janji untuk menjelaskan hutang kepada mereka (bank) yang berhak.
    Ada juga segelintir pemilik kereta yang gagal menjelaskan tunggakan kereta mereka bersikap gentelman & senang di runding.Kadang kala aku dapati mereka menunggu kehadiran repossessor untuk memulangkan semula kereta mereka kerana mereka tahu mereka sudah tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta mereka dan mereka sendiri sudah tidak sanggup dibelanggu hutang.Ini terjadi satu dalam seribu!Kebanyakkan pemilik kereta akan merayu,meminta tempoh yang lebih panjang dan enggan kereta mereka ditarik.Inilah dilema repossessor sebenarnya,sekirannya repossessor tidak menarik kereta mereka bagaimana repossessor akan mendapat " GAJI ".Pendapatan repossessor bergantung kepada kereta yang ditarik.Ada kereta masuk,ada gaji.....Aku sendiri tidak menafikan kadang kala perkara ini membuka ruang kepada repossessor untuk melakukan perkara yang tidak dibenarkan oleh seksyen 36A & seksyen 36B Akta Sewa Beli 1967 iaitu menerima apa2 bayaran dari pemilik kereta.Sesetangah pihak memanggilnya Kautim dan pihak SPRM memanggilnya RASUAH!!!Susahkan???nak tarik pun susah,nak lepas pun susah!!!Jalan terbaik bagi mengatasi perkara ini adalah memaklumkan kepada pihak bank situasi sebenar dan membawa pemilik kereta membayar ansuran semimina mungkin dan mengambil repofees yang telah ditetapkan oleh bank.Situasai ini dipanggil Menang - Menang.
       Aku menyeru kepada semua repossessor supaya sentiasa bertindak secara rasional,profesional dan mengelak sebarang kontrovasi semasa melakukan tugas kita.Aku juga menyeru kepada masyarakat supaya mengikis sebarang tanggapan terhadap repossessor.Rambut sama hitam,hati lain-lain.
Sekian.....................Wasalam.

Friday, December 17, 2010

REPOSSESSOR & DUNIA IT

   Salam.....
    Bertemu kembali kita di DILEMA REPO.Kali ini aku akan memperkatkan mengenai KETERPAKSAAN repossessor mengenal dunia IT yg makin berkembang di negara kita.Seingat aku laptop mula diperkenalkan ke dalam dunia repossessor sekitar thyn 2005.Sebelum itu para repossessor menggunakan fresh RO yg diissue oleh pihak bank atau insitusi kewangan termasuk pihak2 kredit utk memburu penyewa2 yg gagal menjelaskan ansuran blnan kereta masing2.
    Pada masa tersebut tidak ramai repossessor menggunakan laptop utk tujuan mejalnkan penarikan kereta krn kekangan kos kewangan yg tinggi.Sebuah laptop terpakai berharga l.kurang RM2500 walaupun menggunakan window 2000.Untuk mendapatkan data juga sesuatu yg menyulitkan.Tidak ramai yg tahu bagaimana & dari siapa utk mendapatkan data,tidak seperti skrg.Boleh dikatakan pada masa ini Data Repo Pro menguasai 80% pasaran data di Malaysia termasuk data2 lain yg berbeza jenama tetapi isi kandungannya jg dari Repo Pro seperti mana data Repo Master,Repo Database,Car Finder.
    Pada masa itu juga kita akan dapat melihat ramai repossessor yang menggunakan laptop menekan papan kekunci umpama PATUK AYAM.....kini ramai repossessor menjadi celik IT akibat ledakan dunia teknologi dan ada juga yg menjadi padai krn terpaksa.T.kasih dunia IT.....Akibat penggunaan laptop juga jumlah repossessor menjadi umpama cendawa tumbuh selepas hujan kerana ramai ank muda beranggapan menjadi repossessor satu jln mudah mendaptkan wang!Maka kualiti  kerja repossessor jg  kini boleh dipertikaikan dan ada sesetengah mereka ini mengambil kesempatan dgn jln mudah melakukan kerja2 penarikan yg boleh menjerumuskan mereka kpd melakukan jenayah kerana menyalahgunakan maklumat2 berkaitan.
    Ada juga sesetengah repossessor mengambil jalan mudah dgn menggunakan laptop shj tanpa menggunakan Repossassion Order dari insitusi kewangan utk menarik kereta yg gagal menjelaskan ansuran blnan,sekadar menunjukkan lap top shj kpd pemilik kereta tanpa mengemukakan repo order.Ini adalah satu tindakan yg menyalahi undang2 dan sekirannya laporan polis dibuat oleh pemilik kereta,repossessor terbabit boleh ditangkap dan dihukum penjara sekirannya disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
    Dengan ledakan dan kemudahan teknologi jg aku tlh cuba meningkatkan keupayaan aku sebagai repossessor dgn menggunakan fax didalam kereta bagi memudahkan aku mendapatkan repo order dari pihak insitusi kewangan dgn kadar segera walau di mana penarikan diadakan.Dari Ipoh aku telah ke Batu Pahat,Johor utk mendapatkan teknologi tersebut.T.kasih kpd rakan baik aku Along Sis yg tlh membantu aku mendapatkan teknologi tersebut sekitar ogos 2006 dan aku masih menggunakan teknologi tersebut sehingga kini.
    Sesungguhnya kemudahan IT membawa pelbagai kesan dalam kehidupan seharian kita sama ada sebagai individu biasa atau repossessor.Adalah menjadi tanggujawap kita untuk menggunakan apa2 teknologi utk kebaikan kita sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Tuesday, December 14, 2010

CIMB OH CIMB.......TERUKNYE!!!!

   Salam......
Bersua kembali kita pd hari ini.Aku rasa ramai yg dah bgoleh agak tajuk aku kali ini berkenaan CIMB,apa yg aku maksudkan adalah prosedur dan repofee yg dibayar oleh cimb bg setiap kereta yg ditarik.Kebelakangan inim aku dapati CIMB Bank dah tak nak repo kete yg berusia lebuh dari 10 thn dengan alasan kereta tersebut sudah lama dan 2nd value utk ditander jg amat rendah.Alasan pihak pengurusan CIMB jg tidak munasabah dgn mengatakan biarlah owner pakai......alamak !!! amende nie?orang nak cr rezeki pun dorng tak nak kasi tarik pulak!!!
   Repofee yang ditawarkan oleh pihak pengurusan CIMB Bank jg makin hari makin murah.Bayangkan kereta 3 bln pada satu masa dulu dibayar RM500 dan boleh claim untuk trak tunda serta claim  luar kawasan.Sekarang jgn mimpi nak dapat ngam2 RM500 repofee kalau kete 3 bln.Kadang2 officer kat CIMB jd bingai bayar RM400 je....
    Aku dah kena banyak kali dengan Puan Safiah kat CIMB Nusantara.Pernah ada kereta yang aku repo,upah tarik dah approv RM5K,bila kereta masuk store je slash jd RM3.5K je.....gile ke ape nie???kalau ktorng tak minta approvel dulu tak pe....nie dah minta.Bukan sebiji dua kena mcm nie.Dah banyak biji.Aku dah tak boleh tahan dgn CIMB.....Pas tu payment lak lambat byr,kena tgu berbulan2 baru dapat.
   Lagi satu peal bingai CIMB Bank bila nak stop payment kerwta bila dah repo.OIC tak ada ID utk stop payment!!!BINGAI.....memang bingai!!!Pas2 kalau dah stop payment pun kalau owner kete atau sapa2 masuk payment kat CDM pun CIMB terima ( ala...ckp je terima with out prajudies )bila kita orang bawa owner p balai masa nak buat report tarik kereta,owner bagitahu kat polis kereta dah bayar dgn menunjukkan slip @ resit pembayaran,pihak polis pula suruh bg balik kereta kat owner dgn alasan belum buat report lg & owner dah bayar....Dah jd buat keje amal.......
   Satu hal lagi bila stop payment je,pihak pengurusan CIMB nak kereta masuk jg store walau apa yg terjadi.Kadang2 memang repossessor stop payment utk pastikan ada satu INSURANS kpd repossessor kalau2 owner hantar org p bayar payment kereta kat CDM.Masa stop payment kat System CIMB akan dibandingkan dgn Resit pembayaran untuk pastikan jam berapa penarikan dilakukan & jam berapa pembayaran dilakuakan.Sekirannya pembayaran dilakukan terlebih dulu dari masa stop payment,maka kereta perlulah diserahkan semula kepada pemilik kereta.Kadang kala bila stop payment dibuat,bukan semua kereta tersebut comfirm boleh repo.Kadang kala ada juga PBB beli kes....mengaku saudara le,kereta payung le,member le,nak kasi lapik le,kete bdk repo le,kete bdk 3 /// le,kete bdk 04,08,12,21,24,36,77,368,363,ntah apa2 nombor lg.......bila je stop payment,kalau nak buka payment balik dah jd 1 masalah kepada repossessor pula,pihak pengurusan CIMB nak repossessor buat report polis kenapa penarikan gagal dilakukan....aduh!!! bkn senang nak buat report,tak kan repossessor nak masukkan dlm report kereta ni sapa pakai,apa sebab tak leh repo...kang bdk repo lak kena kutip dgn dorng nie tgh malam!!! sapa nak jawap???Officer CIMB apa yg diorang tahu,dorng dok kat opis je....tekan komputer,bln masyuk jg......repossessor pun tekan laptop jg,tp bln2 blm tentu masyuk kalau tak repo kereta bang ooiiiiii!!!!!pas2 staff CIMB ckp,repossessor kautim,tu yg tak jadi repo.
    Aku rasa lebih baik semua team repo bawa 1-2 org staff CIMB ikut jln 2-3 hari biar dorng nie tahu susah ke senang nak cari kereta...jgn ckp je pandai.....
aku malas nak merepek panjang2......aku dah kecewa dgn pengurusan CIMB yg kelam kabut dan carca merba!!!!

Friday, December 10, 2010

REPOSSESSOR & POLIS....

    SALAM .......
    Bersua kembali kita kali ini.Tajuk kali ini agak SENSITIF utk diperkatakan,kendatipun aku terpaksa juga memperkatakan mengenai tajuk ini.Repossessor dan pihak PDRM tidak boleh dipisahkan setiap kali penarikan dilakukan oleh repossessor.Adalah menjadi kewajipan repossessor untuk membuat laporan polis selepas penarikan dilakukan.Sekirannya penarikan dilakukan tetapi laporan polis tidak dibuat,alamatnya mkn nasi bungkus le repossessor  yg tarik kete tu.......
    Sesetengah balai polis agak tegas semasa proses membuat laporan polis oleh repossessor,ada jg balai polis yg boleh lebih kurang dgn pihak repossessor semasa laporan polis ingin dibuat oleh repossessor.Adalah sesuatu prosedur yg standard di mana2 balai polis utk memastikan hanya repossessor yg berdaftar dan mempunyai kad kuasa penarikan yg sah shj boleh membuat laporan polis selepas penarikan dilakukan.Pada masa yg sama kete yg telah ditarik perlu dibawa ke balai polis utk pemerikasaan oleh anggota pejabat pertanyaan utk memastikan tidak ada sebarang kerosakan atau sesuatu perkara yg tidak diingini berlaku selepas laporan polis dibuat oleh repossessor.Sekirannya penarikan dilakukan dgn menggunakan trak tunda,kete tersebut masih perlu dibawa ke balai polis utk pemeriksaan utk kebaikan pihak repossessor,pemilik kereta dan jg pihak polis supaya tidak ada perkara berbangkit selepas penarikan dilakukan.
    Sudah menjadi susatu yg lumrah selepas kereta ditarik,pemilik kereta akan membuat laporan polis mengatakan ada barang,wang,eksesori atau kerosakkan terhadap kereta mereka.Ini akan menajdi isu yg saukar ditangani oleh piahk repossessor dan pihak polis sekirannya kereta tidak dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan semasa laporan polis dibuat.Jadang kala selepas kereta ditarik pemilik akan membuat laporanm polis mengatakan ada wang tunai berjumlah yg agak tidak munasabah telah hilang dari dalam kereta yang ditarik.Suakar bagi pihak repossessor utk menafikan perkara tersebut sekirannya kereta tidak dibawa kebalai polis untuk pemeriksaan semasa laporan polis dibuat.Perkara ini jg sebenarnya tidak dibenarkan oleh pihak polis untuk kebaikan semua pihak yang terlibat.Kadang kala akan menjadi isu atau tomahan oleh pemilik kereta yang ditarik dangan mengatakan pihak polis sendiri yang bersekongkol dengan repossessor.
    Repossessor jg mempunyai satu kod etika tidak rasmi dengan tidak melakukan penarikan terhadap kereta yang dimiliki oleh anggota atau pegawai polis.Ini bkn kerana pihak repossessor takut kepada anggota atau pegawai polis tersebut tetapi atas dasar menghormati pihak polis.Perkara ini kadang kala menjadi sesuatu yang rumit untuk diperjelaskan kerana jarang berlaku repossessor menarik semula hak milik sesebuah kereta milik anggota polis atau pegawai polis.Ini kerana  repossessor enggan bermasam muka dengan anggota atau pegawai polis sekirannya kereta mereka ditarik.Kendatipun,anggota atau pegawai polis jaga kadang kala mengambil kesempatan diatas kelonggaran tidak rasmi ini.
   Sebenarnya tidak menjadi suatu kesalahan sekirannya repossessor manarik balik hak milik sesbuah kereta milik anggota atau pegawai polis kerana undang2 kita sebenarnya adil kepada semua pihak selagi semua pihak menghormati undang2 dan memahami peranan masing2.Sekirannya ada anggota atau pegawai polis yg tidak membenarkan kereta mereka ditarik adalah menjadi suatu kesalahan sekirannya meraka menggunakan kedudukan atau kapasiti mereka sebagai anggota penguatkuasa undang2.Repossessor boleh memanjangkan perkara tersebut kepada pihak SPRM kerana anggota atau pegawai polis tersebut telah menyalahguna kuasa,perkara tersebut jg boleh dibawa kepada Bahagian Tata Tertib PDRM sama ada di peringkat IPD,IPK atau Bkt Aman.Tindakan tata tertib boleh dikenakan kepada anggota atau pegawai polis tersebut kerana gagal mejelaskan hutang.Sebenarnya anggota polis atau pegawai polis sendiri terikat dengan peraturan yang mejawipkan meraka mengistiharkan harta dan jg perlu mandapat kebenaran mengguna dan memiliki kereta dari bahagian Tata Taertib PDRM.
    Perlu diingatkan kepada semua pihak bahawa tidak ada sesiapa yg mempunyai imuniti dari segi undang2 dan semua pihak perlu bertolak ansur dan memahami tanggungjawap dan peranan masing2.

Tuesday, December 7, 2010

HUTANG BUDI DI BAWA MATI,HUTANG KERETA DI BUAT PIANG!!!

     Salam Maal Hijrah kpd semua yg beragama Islam serta salam sejahtera.....
Anjakan Paradigma iaitu suatu perkataan yg sesuai bersempena dgn sambutan Maal Hijrah ke 1432 yg kita sambut pd hari ini di seluruh Malaysia.Aku ingin memperkatakan mengenai Hijrah dr segi enggan menbayar hutang kpd Redha membayar hutang....satu tajuk yg menjengkalkan bg sesetangah pihak yg agak jumud pemikirannya.Maaf,tp itulah kenyataan sebilangan besar masyarakat Melayu di Malaysia ini.Belum lg mengenai subsidi yg jg sinonim dgn pemikiran rakyat Malaysia.Sekirannya kita melihat laporan tahunan Bank Negara Malaysia kita akan dapati setiap thn makin bertambah bilangan org melayu yg memasuki senarai MUFLIS dan ada sebahagiannya terpaksaa meminta bantuan AKPK utk meguruskan bebanan kredit meraka.
    Aku tidak akan memperkatakan megenai hutang2 lain selain dari hutang kenderaan persendirian.Tahukah anda setiap tahun berapa banyakkah kenderaan didaftarkan di Malysia?Bilangannya mencecah jutaan dan iannya pasti melibatkan jumlah yg bukan sedikit terpaksa dikelaurkan oleh insitusi kewangan utk memastikan rakyat Malaysia terus BERGAYA....kata org Parit BIOR PAPA ASAL BERGAYO.....nampaknnya kata2 ini cuma sedap disebut tetapi amat bahaya jika terus dipraktikkan.Pelbagai promosi dan insentif di berikan oleh insitusi kewangan di negara kita utk menambah bilangan peminjam2 baru dan pd masa yg sama menggalakkan peminjam2 ini melangsaikan hutang mereka tepi pada masa yg sama juga jumlah kereta PIANG jg makin bertambah dijalan raya.Walaupun pihak bank cuba menyekat perkara ini agar tidak menjadi wabak tetapi ruang2 serta KERJASAMA dr kerajaan sendiri menyebabkan penyakit berhutang ini gagal diatasi sepenuhnya.Sebagai contoh,insitusi kewangan cuba menyekat para penyewa yg mempunyai tunggakan pembayaran ansuran blnan kenderaan dgn meyekat pembayaran membaharui cukai jln (LKM) tetapi penggunaan sistem MyEG menjadi elternatif kepada peminjam yg culas utk membaharui cukai jln dan menyebabkan usaha insitusi kewangan menjadi gagal.Dgn penggunaan sistem MyEG pemilik(penyewa) kenderaan masih lg dapat membaharui cukai jln kenderaan masing2 tanpa perlu menggunakan Geran Kenderaan Bermotor.Begitu jg kelonggaran yg diberikan oleh pihak JPJ utk mendapatkan Salinan Geran.Dengan bermodalkan RM50 serta mengambil masa sekitar 15 minit satu salinan geran boleh diperolehi di kaunter JPJ walaupun geran asal kenderaan yg hak miliknya masih dituntut oleh insitusi kewangan disimpan oleh insitusi kewangan tersebut!
    Pada dasarnya polisi kerajaan adalah memudahkan rakyat dalam urusan seharian ini telah mewujudkan satu keadaan yg boleh dimanipulasikan oleh sesiapa shj yg mempunyai pemikiran yg kreatif.Anda mungkin terkejut sekirannya kenderaan anda yg sebelum ini dijual kpd pihak ketiga dan geran kenderaan tersebut masih disimpan oleh insitusi kewangan tetapi cukai jln boleh diperbaharui tanpa masalah oleh pengguna ketiga kenderaan tersebut.Ada sesetengah kes dimana kenderaan yg mempunyai tunggakan ansuran blnan gdn insitusi kewangan selama bertahun2 tapi masih boleh diperbaharui cukai jlnnya dgn begitu mudah.Ini belum lg diperkataan bertapa mudahnya proses Inetrchange no pendaftaran yg begitu rancak dijalankan oleh runner2 di kebanyakkan kaunter2 JPJ di seluruh negara.Cogan kata yg dipegang oleh runner2 ini adalah " ada Kepala Agong semua jadi"
    Bolehkah kita secara bersama melakukan anjakan paradigma ini utk memastikan semua kepincangan ini di perbetulkan sempena Maal Hijrah ini???Sekirannya kita dpt menutup semua ruang yg rompang ini kemungkinan besar sebahagian besar pengguna2 kereta piang ini akan berubah fikiran dan enggan lg menggunakan kereta piang apabila cukai jln tidak lg boleh diperbaharui dgn mudah.Apa guna ada kereta tapi tidak ada cukai jln dan insurans.Kalau ditahn polis atau JPJ sah2 kena saman,silap2 hari bulan kereta kena sita plak.Bila kereta dah kena sita sudah pasti pengguna 3 tidak ada sebarang keistimewaan utk mendapatkan semula kereta tersebut.Secara tidak lansung permintaan terhadap kereta piang akan menjadi berkurangan dan seterusnya penyewa2 yg culas tidak dapat lg menjual piang kereta tersebut kpd pihak ke 3 dan seterusnya ansuran blnan kereta tersebut terpaksa dibayar sekirannya tidak mahu kereta ditarik hak miliknya .Sekirannya masih enggan melunasklan ansuran tersebut, tindakan penarikan boleh dilakukan oleh repossessor.Apabila penarikan dilakukan dan penyewa masih lg gagal menjelaskan tunggakkan tersebut berserta repofees maka pihak insitusi kewangan boleh menjual semula kereta2 tersebut secara tander dan dapat mengurangkan kadar kerugian insitusi kewangan.Entahlah,tepuk dada tanya iman.....

    

Saturday, December 4, 2010

DULU DAN KINI SEBAGAI REPOSSESSOR....

     Pengalaman aku selama hampir 10 thn sebagai repssessor telah mematangkan aku dlm menjlkan tugas ini yg dianggap oleh sesetengah org  " MAKAN DUIT HARAM ".Tidak dinafikan perkerjaan ini dianggap begitu oleh sebahagiam besar masyarakat sebagai ' HIDUP ATAS KESUSAHAN ORG LAIN '.Sekirannya tidak ada org seperti kami tg melaksanakan kerja ini siapakan yg akan menjlkan tugas FARDU KIFAYAH ini.Aku katakan kerja ini sebagai fardu kifayah bkn bermakna aku yg buat hukum hakam sendiri.Ini kerana kerja yg terpaksa dilakukan oleh kami untuk menuntut semula hutang dari masyarakat yg kadang kala leka,terlupa @ sengaja enggan menjelaskan hutang.Aku yakin tidak ada satu agama pun di dunia ini membenarkan penganutnya berhutang tetapi tidak membayar hutang.
    Pada masa aku mula2 menjadi repossessor aku dapati penerimaan masyarat terhadap org yg melakukan kerja ini amat rendah & sentiasa beranggapan repossessor adalah samseng,kaki pukul dan menyusahkan.Tahukan mereka sekirannya repossessor tidak melakukan tugas ini berapa banyakkah kerugian yg terpaksa ditanggung oleh insitusi kewangan dinegara ini & pd masa yg sama berapa ramaikah ahli masyarakat akan menjadi muflis  & disenarai hitamkan oleh pihak bank?Sebenarnya tugasan yg dilakukan ini jg menjadi penyumbang utama menjana pendapatan ekonomi negara kita.Bayangkan sekirannya repossessor mogok selama 1 bln,apakah yg akan terjadi kepada ekonomi negara kita.Sebagai contoh,setiap hari di Ipoh sahaja purata kereta yg ditarik semula oleh pihak bank dianggarkan sbanyak l.kurang 25 - 30 biji kenderaan ( purata kereta yg didaftarkan di 3 store penyimpanan kereta iaitu IPAA,Too Ware House & Focal Park) sekirannya semua kereta ini kita anggarkan gagal menjelaskan 3 bln ansuran blnan kpd pihak bank antara RM900 hingga RM2000.Berapa banyakkah kerugian yg terpaksa ditanggung oleh insitusi kewangan di negara kita?Itu adalah jumlah untuk sehari,bagaimana pula jumlah utk sebln,enam bln @ setahun?Banyakkan jumlah wang yg terpaksa ditanggung oleh pihak insitusi kewangan kita sekirannya tiada penarikan dilakukan oleh repossessor.
     Pada masa dahulu repossessor sentiasa bekerja secara berkumpulan antara 2 org - 4 org untuk satu pasukan.Antara mereka ini ada yg pakar mengesan kereta ( berkebolehan menghafal puluhan bahkan ratusan no kereta pd satu2 masa)pakar dlm selok belok taman perumahan,jln,lrg,kg atau tempat2 yg susah utk diingati,ada yg pakar mengesan kereta dgn cara " mengorek maklumat " yg kadang kala tidak masuk akal,ada jg yg mempunyai kabel yg power dgn insitusi kewangan,JPJ & PDRM utk memudahkan kerja2 mengesan kereta dilakukan.Hasil gabungan pelbagai kepakaran ini memudahkan kerja2 penarikan dilakukan.Pada masa dulu repossessor bekerja tidak mempunyai waktu pejabat.Kerja dilakukan berdasarkan pergerakkan kereta.Sebagai contoh,sekirannya Fresh RO tlh diperolehi pd hari ini  perkara pertama yg dilakukan adalah mengenalpasti  alamat kereta tersebut berada,kerja,pergerakan penyewa dan seterusnya pergi ke alamat seperti mana yg tertulis pd RO utk memastikan alamat tersebut masih berpenghuni .Sekirannya kereta dijumpai pd masa tersebut penarikan akan terus dilakukan setelah pengesahan dilakukan semula dgn pihak bank.Sekirannya kereta tidak ada dialamat tersebut,repossessor akan menyiasat melalui kesan2 yg ditinggalkan,maklumat dr jiran atau sebarang pertujuk yg diperolehi.Sekirannya repossessor berpendapat kereta masih ada di alamat tersebut satu lg tugasan akan dilakukan pd malam hari yg sama untuk memastikan kereta benar2 digunakan oleh penyewa yg sama.Pd mlmnya sekitar jam 11 malam repossessor akan pergi semula ke alamat tersebut utk pengesahan.Sekirannya kereta ada di alamat tersebut maka keesokkan harinya seawal jam 6.30 pg repossessor akan berada di lokasi yg berhampiran utk menunggu kereta keluar dan seterusnya membuat penarikan.Bayangkan berapa lama masa yg diperlukan utk menarik sebuah kereta.
    Pelbagai taktik digunakan oleh repossessor pd masa dulu utk mengesan,memancing kereta,mengorek maklumat sehingga berjaya melakukan penarikan.Bayangkan betapa susahnya utk menarik sebuah kereta pd masa dulu.Kini ramai repossessor muncul seiring dgn perkembangan teknologi semasa.Sejak penggunaan Lap top secara aktif oleh repossessor jglah muncul repossessor yg hanya tahu menekan laptop sahaja utk dijadikan modal menarik kereta sedangakan tiada skill istimewa pd golongan ini seperti mana otai2 repo yg lain.Mereka ini jg agak agresif & kadang kala tidak menunjukkan rasa hormat kpd otai2 repo.Suatu masa dahulu kita pernah dengar ada repossessor yg tidak bertanggungjawap membaut kerja ini dengan memeras ugut pemilik kereta dgn cara menunjukkan maklumat kereta yg tertera pd laptop shj tanpa menunjukkan RO kpd pemilik kereta.Mereka inilah yg telah menjatuhkan martabat repossessor & menyebabkan repossessor makin dipandang hina oleh masyarakat.
    

Friday, December 3, 2010

REPOFEES OH REPOFEES......MAKIN CIPUT!!!

     Salam.......
     Bersua lg kita utk X ke 6.Kali ini aku ingin memperkatakan tentang REPOFEE.Ya,tujuan utama kita berkerja sama ada sebagai Repossessor @ apa2 jua kerja yg dilakukan adalah mendapat wang.Betulkan?So,sejak aku menjadi penarik kereta sejak thn  2000 aku dapati upah tarik yg dibayar oleh pihak bank atau insitusi kewangan kpd repossessor bg setiap kereta yg ditarik adalah sama bahkan makin berkurangan.Kadang kala tidak masuk akal repofee yg dibayar bg setiap kereta yg ditarik.
    Sebagai contoh,suatu masa dahulu Maybank menjadi lubuk emas bg semua repossessor  & pd masa yg sama officer jg tumpang cari mkn.Sekadar perbandingan,kalau thn 2000 -2005 seblm laptop digunakan sebuah mkar seperti Proton Gti,Waja,V6 atau EG9 upah tarik yg dibayar sekirannya kereta mencecah 5-6 bln ke atas amat lumayan......sap sap suey boleh dpt paling busuk RM 1200-RM1500.Tetapi sekarang upah tarik bg kereta yg sama walaupun mencecah 10 blm tentu boleh cecah RM 1K!!!SFB yg kini menjadi sebahagian dr CIMB Bank Bhd jg antara lubuk emas yg membayar repofees yg lumayah.Pd thyn 2002-2005 repofee yg dibayar ytk kes normal iaitu 3 bln adalah RM500 sekirannya menggunakan trak tunda ditambah lg RM100.Sekirannya kereta ditarik out station ditambah lg RM100.Sekarang ini sejak SFB menjadi sebahagian dr CIMB Bank Bhd termasuk BBMB upah tarik menjadi tidak menentu.Normal kes cuma dibayar RM400 atau kadang kala RM500.Tiada lg claim towing atau out station!Sedangkan repossessor bekerja setengah matim encari,mengesan & menarik kereta tersebut.Mana lg harga minyak yg makin lama makin mahal.
    Public Bank( bkn semua )& H.Leong Bank makin teruk,maksimum repofees yg dibayar adalah RM800 hingga RM2K mengikut branch yg mengeluarkan RO.RHB jg tidak ketinggalan menuju kehancuran dalam membayar repofee kpd repossessor...yg jd pening dgn RHB adalah pembayaran claim trak tund.Ada sesetengah RHB Bank tidak membayar claim trak tunda tetapi pd masa yg sama ada sesetengah RHB Bank membayar claim trak tunda semasa proses penarikan dilakukan.Pelik kan?bank yg sama tetapi berlainan dasar.
    Belum lg kejadian2 pelik yg berlaku bg sesetengah kes yg mana sebelum penarikan dilakukan,repossessor terlebih dahulu telah meminta kelulusan pihak bank kadar repofees yg dipersetujui oleh kedua2 pihak,tetapi apabila kereta telah ditarik repofees yg dibayar bkn apa yg dipersetujui pd peringkat awal.Ini kes naya!!!AHPCM lansung tidak memperdulikan dilema yg dihadapi oleh repossessor.Apa yg AHPCM tahu adalah mengutip yuran keahlian setiap thn apabila yuran keahlian seseorg repossessor tlh tamat.Sekirannya yuran keahlian repossessor tamat pd thn 2009 dan tidak diperbaharui pd thn 2010 tetapi diperbaharui pd thn 2011,yuran keahlian bg thn 2010 sebanyak RM200 tetap dikutip....udah mengalahkan ceti haram!!!
    Pada masa ini boleh dikatakan hanya Toyota Capital menawarkan upah tarik yg paling tertinggi di dalam Malaysia dan boleh dianggap satu2 insitusi yg memberi pimbiyaan pinjaman kenderaan yg berhati perut terhadap kerja2 yg dilakukan oleh repossessor.Sekadar contoh,3 minggu yg lalu aku telah menarik blk sebuah kereta Perodua Viva( no pendaftaran biarlah rahsia ) yg tertunggak selama 9 bln,repofees yg dibayar adalah RM3500.Hebatkan?baru syok buat kerja.Skrg rakan sekerja aku sedang dlm perbincangan terakhir dgn pihak Toyota Capital untuk mendapatkan repofees berjumlah RM60K.aku ulang RM60K bg sebuah kereta Toyota Camry yg tidak dibayar selama 05 bln - Kes NPSD ( Never Paid Since Dilevery) rasa mcm tidak masuk akalkan?Tapi inilah kenyataannya.Kadang kala pihak bank tidak tahu bertapa seksaanya & susahnya repossessor mencari sebuah kereta untuk ditarik setiap hari,kadang-kala seminggu nak dpt 1 bj pun seksa bro....Ambank jg salah sebuah bank yg boleh dikatakan agak rasional dlm pembayaran repofee kpd repossessor.Tetapi keutamaan Ambank adalah kereta yg di By Back terutamanya kereta2 mewah.Kira2 3 thn yg lalu kwn aku dr B.Pahat telah hantar masuk sebuah SUV Rexton (no pendaftaran biarlah rahsia )yg tidak dibayar selama hampir 2 thn dgn repofees berjumlah RM15K!
     Sekarang ini Maybank ada 1 lg kerenah birokrasi yg tidak masuk akal,apabila repossessor request 1 RO
kereta yg berusia lebih dr 1 thn,dorng minta MMS gambar kete plak,haru punya keje.Fikir le secara munasabah,kadang2 kereta on the road,mcm mana nak tgkp gambar,kadnag2 dan tgkp gambar dorng tak nak repo plak kereta 2,dan buang masa.Kadang2 bila dan setuju utk repo,time byr repofees keta dkt 1 thn pun RM500.kan ke bingai punya cerita!Ahhh.....aku dah malas nak cerita byk2 lg hal repofee ni,korg yg dah lama kerje korg sendiri tahu kan?
    Arios,emigos....jumpe lg.

Thursday, December 2, 2010

3 LINE & REPO MAN

      Salam....
   Tajuk kali nie agak SENSITIF ckit,tapi aku cuba sedaya mungkin utk tidak menyentuh sentiviti mana2 pihak utk artikel ini.Kebelakangan ini aku sebagai seorg repossessor dapati TERLALU byk kereta yg tidak boleh ditarik kerana digunakan oleh ' ORG DALAM 'jg ahli2 04,08,12,21,24,dll...ini blm termasuk kereta yg dilindungi oleh repossessor sendiri yg menggunakan pelbagai sticker .Aku percaya perkara ini berlaku dr Perlis hingga ke Johor dan iannya bkn perkara yg pelik lg.
   Aku lebih suka menyentuh mengenai 3 /// & repossessor krn aku berada didlm kedua2nya.Jd lebih adil aku membincangkan perkara yg berkenaan " rumahtangga " aku.Sekarng seolah2 menjadi satu trend @ kebiasaan bg mana2 org yg menjadi " org dalam " menggunakan kereta tetapi sengaja tidak mahu membayar ansuran mkar tersebut kpd pihak Bank sedangkan mereka tahu hutang adalah sesuatu yg wajib dibyr mengikut hukum dalam agama Islam.
   Kadang-kala iannya berpunca dr org2 lama jg yg seolah2 menghalalkan perkara ini.Pd masa yg sama majoriti repossessor  berbangsa melayu adalah "0rg dalam " yg menyara diri,ank isteri bahkan ibu bapa dgn melakukan kerja menarik kereta.Adakah adil kita menggunakan alasan agama,bangsa & adik beradik utk mengelak dr membayar kereta & tidak ditarik?Aku yakin 100% iannya tidak adil kpd org yg tidak menyertai jemaah krn mereka menggunakan kereta & sekirannya tidak membayar ansuran blnan kpd pihak Bank kereta mereka boleh ditarik.Di manakah sumpah kita yg mkengatakan membela bangsa sekirannya bangsa kita ditindas dgn kereta mereka ditarik tetapi pd masa yg sama kereta ahli jemaah tidak ditarik atas kesalahan yg sama!
   Kita telah bersumpah untuk menjaga harta benda adik beradik tetapi tahukah kita selagi kereta tersebut tidak dijelaskan hutangnya sehingga selesai kereta tersebut adalah kepunyaan pihak Bank,sekirannya kita mati didalam hutang,anda sediri sudah arif apa jawapannya!!!Bagaimana pula dgn ahli jemaah yg berkerja sebagai penarik kereta ?adilkah kita menyekat periuk nasi mereka?Pernahkah kita bertanya kpd mereka sekirannya mereka kesempitan wang,tida beras dirumah,bil letrik, sudah dibyr ke blm?Terus terang aku katakan susah mencari 1 dlm 1000 pd saat ini ahli jemaah yg benar2 menunaikan tgjwpnya kpd ahli jemaah yg lain sekirannya ianya terjadi.Aku berani berkata begini kerana sudah beberapa kali aku masuk lokap hanya muka yg sama bertanya khabar & menghulurkan bantuan wlpun aku tidak pernah meminta.Sekirannya aku masuk lokap krn kesalahan yg benar2 aku lakukan & melanggar hukum hakam,aku redha krn iannya kesalahan aku & wajar menerima balasan,
    Aku berpendapat,di dalam hal ini apa salahnya sekirannya kita di pihak repossessor & pemilik kereta sama ada ahli jemaah @ bkn mengambil pendekatan " MENANG - MENANG".Repossessor mendapat gaji utk kerja yg dilakukan dan pemilik kereta boleh menggunakan semula kereta tersebut tanpa perlu berteggang urat,ugut mengugut atau sampai ke tahap bergaduh basar2an yg melibatkan ahli jemaah sendiri.Aku agak kecewa dgn apa yg berlaku dewasa ini,iannya seolah2 satu FATWA tidak rasmi mengatakan kereta " ORG DALAM " tidak boleh ditarik.Iannya terjadi kerana kurangnya penghayaan terhadap isi kandungan KHUTBAH BAIAH dan rasa ego bahkan menggangap ahli jemaah adalah satu kumpulan gengster & memiliki imuniti serta sentiasa betul.....Aduh,ceteknya pemikiran begini.Jgn lupa kita bersumpah dgn apa,apa khalimah yg dilafazkan,siapa yg menjadi saksi.Jgn kita dianggap sebagai mengamalkan sesuatu yg songsang oleh masyarakat luar akibat kealpaan & keegoaan kita sendiri.Sekirannya ini berlaku alangkah ruginya perjalanan hidup kita.Sekirannya kita menghayati sepenuhnya kemanisan didalam jemaah,waimah kita menggunakan apa sj gelaran baik,Pekida,Pewaris,Putera,30.36,77 atau apa2 sj seperti mana asal usul jemaah diwujudkan oleh Almarhum Paduka Ayahanda Pak Bong Isa maka kita akan menjadi lebih kuat,bersatu dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana2 pihak.
    Apa yg mengecewakan aku,ada sebilangan kecil baik peringkat tertinggi hingga bawahan di dalam jemaah tidak mahu mengakui kebenaran fakta yg aku perkatakan diatas.Suka aku memetik sebuah kisah benar yg terjadi kpd Ayah Boss beberapa thn yg lalu ( ianya diceritakan kpd aku oleh salah seorng adiknya yg rapat )Pada masa tersebut Ayah Boss bersama-sama l.kurang 15-20 bj kereta dlm perjalanan menghadiri sebuah majlis telah ditahan kereta yg dinaiki oleh Ayah Boss sendiri oleh sekumpulan repossessor dgn tujuan utk menarik kereta yg dinaiki oleh Ayah Boss.Tetapi Ayah Boss bersikap gentelman dgn meberi kpd repossessor ini duit gaji sebanyak RM500 dan tidak memanjangkan hal ini.Sekirannya seorang yg berpengaruh seprti Ayah Boss boleh bersikap bertimbang rasa dan gentelman,kenapa kita tidak boleh menjadikan hal tersebut suatu tauladan?
   Aku jg menyusun 10 jari andai kata tulisan ini menguris perasaan mana2 pihak.Tetapi jgn kita lupa KEBENARAN KADANG KALA MENYAKITKAN......

Wednesday, December 1, 2010

MACAM2 ADA....

    Hari ni hari pertama pd bln Dis 2010,so, byk officer bank yg sngt2 sibuk & ada gak yg sj2 buat2 sibuk.Team aku ari ni keluar keje pun lambat le...utk mgelak dr dok nganga sj atas jln dan perabih minyak yg makin mahal ( kami pakai ron97-bg kete laju nak perambat org ).Pusing punya pusing dpt la tembak 1 kete CIMB 2.98 bln je pun(AFJ8601).Sekali usha rupa2nya minachi yg drive kete ni....ikut punya ikut minachi ni park kete dpn umah 3 tgkt!mak oi,kaya minachi ni rupannye...Tp asalah kete kantoi?
    Aku pun call CIMB req RO.dah tgu l.krg 10 minit RO punya dorng fax kat dlm kete aku.Dah siap print RO kami pun apa lg....Ambush rumah 2..." ting tong " kami pun tekan loceng umah 2.Rupa2nya bkn rumah minachi yg bawa kete 2!!!minachi ni p mengajar tuisyen kat c2 rupannya...mak oi...saiz  45 35 48!udah buat2 xreti ckp melayu la plak......konon2 cikgu BI kat International School...aku pun kena le buat2 repti ckp bahasa penjajah 2...
    Udah kecoh nak call CIMB,aku pun bg le no office CIMB kat minachi ni.la....reti pun ckp melayu!!!sj nak ranjau aku rupanya.Aku biar je dia bersoal jwp dgn officer CIMB yg pick up call dia.dkt 10 minit jag dia on call sementara tgu bapa dia sampai.Sampai je bapa dia,alamak......sekali badan mcm Malek Nor daaaa...
Kami pun terangkan kat dia apa sebenarnya yg terjadi.Uncle ni mati2 ckp dah byr bln Okt pada hal RO yg aku tjuk kat dia LPD 30 Sept 2010.Malas ckp byk aku ajak dia g CIMB,ala bkn jauh pun.Lkrg 3 km je dr tmpt kami repo kete 2.
   Dah sampai kat CIMB udah merayu2 kat ktorg nak Kautim le plak....malang semuanya sudah terlambat le....Aku pun bw naik tgkt 2 CIMB jumpa officer in charge utk buat payment....Kira punya kira kena le RM18++ instalment,repofees,late charges,other charges blablabla....merayu punya merayu dpt le RM14++
pun dorg nak minta krg lg atas alasan xdpt AR Register dr CIMB..kena sound le dgn officer 2,slow je tp pedas......sampai kena jumpe dgn OIC le nak minta kurang lg...nasib dorg baik le OIC tu 2 mailto:alam@amfibia.
Last2 dkt kol 3 pm le ktorg sattle kes ni ari.....