Sunday, January 16, 2011

RINTIHAN HATI REPO.........

    Salam......
    Agak lama juga aku tidak membuat apa-apa catatan di blog ini.Sebenarnya aku agak Frust kebelakangan ini dengan apa yg dialami oleh aku serta ramai lg rakan-rakan repo di seluruh Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun.Kebelakangan ini aku dapati penyakit yg pernah aku katakan sebelum ini makin menular  bahkan telah menjadi barah yg bakal menjahanamkan periuk nasi aku serta ribuan lg repo di Malaysia.Saban hari makin ramai anak-anak muda dibawa menyertai Pekida,Pekima,Sahabat,Pewaris,36,77,368 dan entah apa-apa lagi yang sewaktu dengannya.
    Sekirannya penyertaan mereka ini sekadar meramaikan jumlah tetapi tidak mempunyai penghayatan pd perjuangan yg kononnya begitu GAH diperkatakan lebih baik mereka masuk Belia 4B je......Kalau masuk sekadar nak pakai kereta tp tak nak bayar baik tak payah masuk.......Masuk jd ahli baru 3 bln tapi pakai kereta dah 6-7 bln tak bayar.....jadah apa nie???Dah tu ada plak yg mengaku Abg Long,Ang Ngah dan Abg Chik siap bagi Green Light kat budak-budak baru naik ni supaya tak payah bayar kereta....Kalau ada orang nak tarik panggil kaum ramai-ramai cover!!!PANTAT la..........!!!
    Ini semua ajaran songsang!!!Aku rasa nia dan masuk kali ke tiga atau ke empat aku cakap benda yang sama.....ye le....sapa aku nak betulkan keadaan...kalau aku ni Paduka Ayahanda ke Tok Ayah ke,Ang Kun ke boleh le dia orang dengar cakap aku.....aku tau,apa yang aku cakap ni buat ramai orang panas,berbulu,meluat dan tunggu masa je nak kutip aku....Lantak le....apa yang aku cakap betul apa???Aku rasa apa yang aku katakan ini satu Fardu Kifayah,kerana aku memperkatakan sesuatu yang benar atas dasar kepentingan untuk diri aku,anak isteri serta rakan-rakan repo yang lain.Jangan kita bercakap tentang bangsa atau agama bila menyentuh perkara ini.Kalau nak di ikutkan pada zaman sekarang ni banyak orang bangsa sendiri yang makan bangsanya balik.
    Aku sanggup menanggung sebarang risiko tentang apa yang aku coretkan di sini.Aku terpaksa berjuang untuk anak dan isteri aku dulu kerana perkerjaan inilah yang akan menyara aku dan keluarga aku.Jangan kata...Ah....cari le kerja lain!!!Masalahnya kerja ni bukan kerja yang salah.Aku bukan pergi merompak atau menyamun.Nak ke kalau semua budak-budak repo jadi penjenayah???Kerja jual goreng pisang?jadi jaga?jual burger?atau lain-lain kerja???Habis tu sapa nak buat kerja ni???Sepanjang tiga minggu terakhir yang aku lalui ini banyak kes-kes kereta tak bayar tetiba bila nak tarik ramai orang nak beli kes.Baik anak menantu,Abg Kandang,bapa saudara dan entah apa-apa hubungan lain lagi.Semua nak minta muka.Bila minta gaji semua buat tenging.Siap sound,kereta adik-beradik sendiri pun nak minta gaji ke?Abis tu kami ni jadi tukang pesan je?Datang kasi tau kereta tak bayar pas tu balik macam tu jer?Anak bini kami kat rumah apa cerita?Bagi makan MUKA je?Boleh kenyang ke bagi makan muka?
     Kalau kita buat salah (jenayah) tetiba kena tangkap dengan polis yang kebetulan kaum kerabat kita sendiri.Dia pun tak boleh nak tolong lepas macam tu jer?Tak ada siapa pun di dunia ni yang kebal dari sebarang tindakan.Kadang-kadang budak-budak yang jadi ahli jemaah ni sendiri yang buat orang luar meluat dan menyampah dengan kita kerana perbuatan kita sendiri.Kita rasa perbuatan kita tu betul tapi sebenarnya perbuatan kita tu yang buat kita jadi bodoh!
    Sekarang ni terus terang aku katakan team aku dah buat satu keputusan yang drastik.Mana-mana kereta yang diguna pakai oleh ahli jemaah kami tetap kan tarik...Dah melampau.Dah terlalu banyak yang ambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan nasib adik-beradik yang lain yang terlibat 100% mencari rezeki di dalam bidang ini.Walau bagaimana pun budi bicara tetap akan diguna pakai bagi situasi begini untuk MENANG-MENAG.

Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU REPO........

    Salam.....
     Selamat tahun baru aku ucapkan kpd semua raka2 repo & para pembaca budiman sekelian....Suatu ketika dahulu kita pernah mendengar cadangan dari seorang Menteri Kabinet yg bertanggungjawap terhadap kebajikan para pengguna mencadangkan untuk mengubal dan meminda Akta Sewa Beli 1967 yg dikatakan membebankan para pemilik kenderaan.Pelbagai andaian dan tanggapan telah tibul akibat dari cadangan tersebut.Ramai repossessor beranggap cadangan pindaan undang2 berkaitan akan menutup periuk nasi semua repossessor.Adalah tidak adil kita membuat tanggapan awal tersebut tanpa mengetahui dengan jelas apakah pindaan yang akan dibentangkan diperlimen kelak.
     Aku beranggapan sebelum pindaan akta tersebut dilakukan adakah pihak kementerian yang terlibat membuat kajian yang mendalam serta melibatkan pandangan dari para repossessor yang terlibat?Aku yakin tidak ada sebarang kajian dilakuakan dipihak repossessor,bagaimana pula peranan AHPCM dalam membela nasib semua repossessor yang menjadi ahli?Aku rasa pihak AHPCM lansung tidak memainkan peranan mereka sebagai perantara untuk membela nasib para repossessor.Apa yang AHPCM tahu ialah mengutip yuran tahunan dan membutakan mata,memekakkan telinga dan megiyakan semua yang dinyatakan oleh kerajaan....maaf,aku bukan ingin menimbulkan sintimen politik disini.Ini adalah kenyataan didalam AHPCM.
    Aku difahamkan dari dulu hingga kini pihak AHPCM tidak pernah mengambil tahu apa yang dilalui oleh para repossessor sekirannya ada pengguna atau pemilik kenderaan mengambil tindakan undang2 terhadap repossessor sama ada di peringakat Tribunal Pengguna atau di mahkamah.Segala2nya ditanggung sepenuhnya oleh repossessor.Apabila ada kenyataan akhbar atau pendedahan di dada-dada akhbar melibatkan repossessor tidak pernah wakil dari AHPCM yang tampil untuk membuat sebarang kenyataan balas untuk mempertahankan para repossessor.Apakah peranan AHPCM disini???Lansung tidak ada.Piahk AHPCM juga tidak pernah memanjangkan kepada pihak Bank Negara untuk mengkaji atau menyelaraskan tuntutan Repo Fee yang berpatutan untuk dibayar kepada repossessor bagi setiap tugasan penarikan yang dilakukan.
     Akibat dari tidak ada sebarang tindakan dari AHPCM kita dapati kadar pembayaran Repo Fee yang dibayar oleh pihak bank kepada repossessor adalah tidak seragam dan mempunyai perbezaan yang amat ketara termasuk pembayaran yang dilakukan oleh bank yang sama tetapi berlainan cawangan berdasarkan akaun pelanggan di mana penarikan dilakukan.Buat masa ini tidak ada sesiapa yang atau mana-mana pihak yang tampil membela nasib para repossessor.Adakah tahun ini akan ada perubahan di pihak AHPCM untuk kebajikan para repossessor???Entah le.....sukar kita dapat jawapan bagi soalan ini.Kita cuma mampu tunggu dan lihat sebarang perkembangan......Tunggu,tunggu,tunggu.....sama seperti kita menunggu kereta yang disimpan didalam rumah yang entah bila akan keluar....................dah memang kerja kita menunggu...jd tunggu je le.......................................