Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU REPO........

    Salam.....
     Selamat tahun baru aku ucapkan kpd semua raka2 repo & para pembaca budiman sekelian....Suatu ketika dahulu kita pernah mendengar cadangan dari seorang Menteri Kabinet yg bertanggungjawap terhadap kebajikan para pengguna mencadangkan untuk mengubal dan meminda Akta Sewa Beli 1967 yg dikatakan membebankan para pemilik kenderaan.Pelbagai andaian dan tanggapan telah tibul akibat dari cadangan tersebut.Ramai repossessor beranggap cadangan pindaan undang2 berkaitan akan menutup periuk nasi semua repossessor.Adalah tidak adil kita membuat tanggapan awal tersebut tanpa mengetahui dengan jelas apakah pindaan yang akan dibentangkan diperlimen kelak.
     Aku beranggapan sebelum pindaan akta tersebut dilakukan adakah pihak kementerian yang terlibat membuat kajian yang mendalam serta melibatkan pandangan dari para repossessor yang terlibat?Aku yakin tidak ada sebarang kajian dilakuakan dipihak repossessor,bagaimana pula peranan AHPCM dalam membela nasib semua repossessor yang menjadi ahli?Aku rasa pihak AHPCM lansung tidak memainkan peranan mereka sebagai perantara untuk membela nasib para repossessor.Apa yang AHPCM tahu ialah mengutip yuran tahunan dan membutakan mata,memekakkan telinga dan megiyakan semua yang dinyatakan oleh kerajaan....maaf,aku bukan ingin menimbulkan sintimen politik disini.Ini adalah kenyataan didalam AHPCM.
    Aku difahamkan dari dulu hingga kini pihak AHPCM tidak pernah mengambil tahu apa yang dilalui oleh para repossessor sekirannya ada pengguna atau pemilik kenderaan mengambil tindakan undang2 terhadap repossessor sama ada di peringakat Tribunal Pengguna atau di mahkamah.Segala2nya ditanggung sepenuhnya oleh repossessor.Apabila ada kenyataan akhbar atau pendedahan di dada-dada akhbar melibatkan repossessor tidak pernah wakil dari AHPCM yang tampil untuk membuat sebarang kenyataan balas untuk mempertahankan para repossessor.Apakah peranan AHPCM disini???Lansung tidak ada.Piahk AHPCM juga tidak pernah memanjangkan kepada pihak Bank Negara untuk mengkaji atau menyelaraskan tuntutan Repo Fee yang berpatutan untuk dibayar kepada repossessor bagi setiap tugasan penarikan yang dilakukan.
     Akibat dari tidak ada sebarang tindakan dari AHPCM kita dapati kadar pembayaran Repo Fee yang dibayar oleh pihak bank kepada repossessor adalah tidak seragam dan mempunyai perbezaan yang amat ketara termasuk pembayaran yang dilakukan oleh bank yang sama tetapi berlainan cawangan berdasarkan akaun pelanggan di mana penarikan dilakukan.Buat masa ini tidak ada sesiapa yang atau mana-mana pihak yang tampil membela nasib para repossessor.Adakah tahun ini akan ada perubahan di pihak AHPCM untuk kebajikan para repossessor???Entah le.....sukar kita dapat jawapan bagi soalan ini.Kita cuma mampu tunggu dan lihat sebarang perkembangan......Tunggu,tunggu,tunggu.....sama seperti kita menunggu kereta yang disimpan didalam rumah yang entah bila akan keluar....................dah memang kerja kita menunggu...jd tunggu je le.......................................

No comments:

Post a Comment