Tuesday, December 21, 2010

BELI KES....ADUH !!!

    Salam......
     Bersua kembali kita di Dilema Repo pada kali ini.Aku akan memperkatakan mengenai satu sinario yang kebelakangan ini banyak di hadapi oleh para repossessor semasa penarikan dilakukan.Ada segelintir repossessor sendiri,xrepossessor serta kenalan2 dari kelompok tertentu didalam ahli Pekida,Pekima,Sahabat,Putera atau mana kelompok tertentu masuk campur atau cuba menghalang penarikan dilakukan sama ada penarikan dilakukan oleh repossessor melayu,india,cina,bengali atau mana2 etnik lain yang terlibat.Ada diantara mereka ini boleh dibawa berunding dan ada juga yang lansung tidak boleh dibawa berunding setra bertindak agresif untuk menghalang penarikan dilakukan.
    Antara alasan yang sering digunakan untuk menghalang penarikan dilakuakan ialah,pemilik kereta tersebut ada dari kelompok mereka atau ada pertalian darah serta satu pertalian lain yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.Sekirannya perkara ini terjadi,biasanya satu table talk akan diadakan diantara repossessor dengan orang yang cuba menghalang penarikan tersebut. Ada kalanya situasi tersebut akan berakhir dengan kedua-dua pihak berpuas hati danb kadang kala berakhir dengan pergaduahan yang sudah tidak dapat dielakkan sekirannya kedua-dua pihak enggan bertolak ansur.Sekiarannya pergaduhan berlaku sudah pasti akan melibatkan pihak ketiga iaitu PDRM.
    Sekirannya melibatkan pihak PDRM sudah tentu kedua-dua pihak yang terlibat akan menghadapi kesulitan sekirannya pergaduhan tersebut dikasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.Sekirannya kejadian tersebut telah diklasifikasikan di bawah seksyen tersebut maka pihak PDRM terpaksa membuat tangkapan terhadap keuda-dua pihak yang terlibat!Siapa yang susah?Siapa yang rugi?sudah pasti mereka & keluarga mereka!!!Jika kejadian tersebut berlaku kebiasaannya pihak yang akan dipersalahkan adalah REPOSSESSOR!!!Satu anggapan yang sentiasa berada diminda pihak berkuasa ialah,repossessor adalah golongan yang sering menimbulkan masalah.
     Aku tidak mahu mengulas sinario tersebut dengan lebih panjang kerana ianya melibatkan unsur-unsur perundangan dan aku akan dianggap cuba mempertahankan pihak repossessor.Ada juga situas dimana apabila sesebuah kereta telah ditarik dan telah disimpan didalam store,ada pihak-pihak tertentu telah mengambil tindakan yang lebih DRASTIK dengan memecah masuk ke store tempat penyimpanan kereta dan merampas semula kereta tersebut dan dibawa keluar dari store.Haru-haru........Pernah terjadi kira-kira dua atau tiga tahun yang lalu di sebuah tempat penyimpanan kereta di Butterworth P.Pinang seorang pengawal keselamatan store tersebut telah mati di bunuh apabila store tersebut telah diserang oleh beberapa oenag lelaki tang tidak dikenali dan telah merampas semula kereta yang disimpan didalam store tersebut.Akibatnya beberapa ornag telah ditangkap dan kini dalam proses perbicaraan.
     Ada juga situasi dimana repossessor yang menarik kereta tersebut di pukul atau di paksa mengeluarkan semula kereta yang ditarik dengan pelbagai cara yang tidak masuk akal.Golongan ini bertindak diluar batas pemikiran logik kita dan bagi mereka tidak ada istilah mengundur sebelum kereta diperolehi semula.Sekiarannya mereka gagal mengeluarkan semula kereta yang ditarik dari store ada juga yang akan bertindak menrik balik kereta-kereta yang digunakan oleh repossessor sebagai tindakan membalas dendam.Kebiasaannya repossessor sendiri menggunkan kereta-kereta yang tidak dijelaskan ansuran bulanan kepada pihak bank.......Ya,ya......aku tahu.Memang tidak adil !!!Kalau repossessor boleh menggunakan kereta yang tidak dibayar ansuran bulananya mengapa orang lain yang gagal menjelaskan ansuran bulanan kereta mereka boleh ditarik?Persoalan ini sememangnya sudah lama berada dibenak dan minda masyarakat kita.Seolah-oleh repossessor sendiri ada imuniti...Sebenarnya ini adalah satu amalan sejak lama dahulu dan menjadi trad mark kepada semua repossessor.Seingat aku sejak aku menjadi repossessor selama 10 tahun iannya telah diamalkan oleh OTAI-OTAI Repo sebelum aku.
    Ada juga situasi yang berakhir dengan baik tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini dikedua-dua pihak apabila adanya persefahaman yang aku sendiri sukar jelaskan.Yang pasti ianya melibatkan wang,maruah,serta timbang rasa diantara kedua-dua piahk yang terlibat.  Perlu diingat,semua manusia memarlukan wang untuk menyara hidup dan kerana wang jugalah manusia berkerja.Aku tidak percaya lagi kepada ungkapan  BERKHIDMAT UNTUK NEGARA....AKU BUAT SEBAB SUKARELA.... atau apa-apa ungkapan yang sewaktu dengannya !!!

No comments:

Post a Comment