Friday, December 10, 2010

REPOSSESSOR & POLIS....

    SALAM .......
    Bersua kembali kita kali ini.Tajuk kali ini agak SENSITIF utk diperkatakan,kendatipun aku terpaksa juga memperkatakan mengenai tajuk ini.Repossessor dan pihak PDRM tidak boleh dipisahkan setiap kali penarikan dilakukan oleh repossessor.Adalah menjadi kewajipan repossessor untuk membuat laporan polis selepas penarikan dilakukan.Sekirannya penarikan dilakukan tetapi laporan polis tidak dibuat,alamatnya mkn nasi bungkus le repossessor  yg tarik kete tu.......
    Sesetengah balai polis agak tegas semasa proses membuat laporan polis oleh repossessor,ada jg balai polis yg boleh lebih kurang dgn pihak repossessor semasa laporan polis ingin dibuat oleh repossessor.Adalah sesuatu prosedur yg standard di mana2 balai polis utk memastikan hanya repossessor yg berdaftar dan mempunyai kad kuasa penarikan yg sah shj boleh membuat laporan polis selepas penarikan dilakukan.Pada masa yg sama kete yg telah ditarik perlu dibawa ke balai polis utk pemerikasaan oleh anggota pejabat pertanyaan utk memastikan tidak ada sebarang kerosakan atau sesuatu perkara yg tidak diingini berlaku selepas laporan polis dibuat oleh repossessor.Sekirannya penarikan dilakukan dgn menggunakan trak tunda,kete tersebut masih perlu dibawa ke balai polis utk pemeriksaan utk kebaikan pihak repossessor,pemilik kereta dan jg pihak polis supaya tidak ada perkara berbangkit selepas penarikan dilakukan.
    Sudah menjadi susatu yg lumrah selepas kereta ditarik,pemilik kereta akan membuat laporan polis mengatakan ada barang,wang,eksesori atau kerosakkan terhadap kereta mereka.Ini akan menajdi isu yg saukar ditangani oleh piahk repossessor dan pihak polis sekirannya kereta tidak dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan semasa laporan polis dibuat.Jadang kala selepas kereta ditarik pemilik akan membuat laporanm polis mengatakan ada wang tunai berjumlah yg agak tidak munasabah telah hilang dari dalam kereta yang ditarik.Suakar bagi pihak repossessor utk menafikan perkara tersebut sekirannya kereta tidak dibawa kebalai polis untuk pemeriksaan semasa laporan polis dibuat.Perkara ini jg sebenarnya tidak dibenarkan oleh pihak polis untuk kebaikan semua pihak yang terlibat.Kadang kala akan menjadi isu atau tomahan oleh pemilik kereta yang ditarik dangan mengatakan pihak polis sendiri yang bersekongkol dengan repossessor.
    Repossessor jg mempunyai satu kod etika tidak rasmi dengan tidak melakukan penarikan terhadap kereta yang dimiliki oleh anggota atau pegawai polis.Ini bkn kerana pihak repossessor takut kepada anggota atau pegawai polis tersebut tetapi atas dasar menghormati pihak polis.Perkara ini kadang kala menjadi sesuatu yang rumit untuk diperjelaskan kerana jarang berlaku repossessor menarik semula hak milik sesebuah kereta milik anggota polis atau pegawai polis.Ini kerana  repossessor enggan bermasam muka dengan anggota atau pegawai polis sekirannya kereta mereka ditarik.Kendatipun,anggota atau pegawai polis jaga kadang kala mengambil kesempatan diatas kelonggaran tidak rasmi ini.
   Sebenarnya tidak menjadi suatu kesalahan sekirannya repossessor manarik balik hak milik sesbuah kereta milik anggota atau pegawai polis kerana undang2 kita sebenarnya adil kepada semua pihak selagi semua pihak menghormati undang2 dan memahami peranan masing2.Sekirannya ada anggota atau pegawai polis yg tidak membenarkan kereta mereka ditarik adalah menjadi suatu kesalahan sekirannya meraka menggunakan kedudukan atau kapasiti mereka sebagai anggota penguatkuasa undang2.Repossessor boleh memanjangkan perkara tersebut kepada pihak SPRM kerana anggota atau pegawai polis tersebut telah menyalahguna kuasa,perkara tersebut jg boleh dibawa kepada Bahagian Tata Tertib PDRM sama ada di peringkat IPD,IPK atau Bkt Aman.Tindakan tata tertib boleh dikenakan kepada anggota atau pegawai polis tersebut kerana gagal mejelaskan hutang.Sebenarnya anggota polis atau pegawai polis sendiri terikat dengan peraturan yang mejawipkan meraka mengistiharkan harta dan jg perlu mandapat kebenaran mengguna dan memiliki kereta dari bahagian Tata Taertib PDRM.
    Perlu diingatkan kepada semua pihak bahawa tidak ada sesiapa yg mempunyai imuniti dari segi undang2 dan semua pihak perlu bertolak ansur dan memahami tanggungjawap dan peranan masing2.

No comments:

Post a Comment