Saturday, December 4, 2010

DULU DAN KINI SEBAGAI REPOSSESSOR....

     Pengalaman aku selama hampir 10 thn sebagai repssessor telah mematangkan aku dlm menjlkan tugas ini yg dianggap oleh sesetengah org  " MAKAN DUIT HARAM ".Tidak dinafikan perkerjaan ini dianggap begitu oleh sebahagiam besar masyarakat sebagai ' HIDUP ATAS KESUSAHAN ORG LAIN '.Sekirannya tidak ada org seperti kami tg melaksanakan kerja ini siapakan yg akan menjlkan tugas FARDU KIFAYAH ini.Aku katakan kerja ini sebagai fardu kifayah bkn bermakna aku yg buat hukum hakam sendiri.Ini kerana kerja yg terpaksa dilakukan oleh kami untuk menuntut semula hutang dari masyarakat yg kadang kala leka,terlupa @ sengaja enggan menjelaskan hutang.Aku yakin tidak ada satu agama pun di dunia ini membenarkan penganutnya berhutang tetapi tidak membayar hutang.
    Pada masa aku mula2 menjadi repossessor aku dapati penerimaan masyarat terhadap org yg melakukan kerja ini amat rendah & sentiasa beranggapan repossessor adalah samseng,kaki pukul dan menyusahkan.Tahukan mereka sekirannya repossessor tidak melakukan tugas ini berapa banyakkah kerugian yg terpaksa ditanggung oleh insitusi kewangan dinegara ini & pd masa yg sama berapa ramaikah ahli masyarakat akan menjadi muflis  & disenarai hitamkan oleh pihak bank?Sebenarnya tugasan yg dilakukan ini jg menjadi penyumbang utama menjana pendapatan ekonomi negara kita.Bayangkan sekirannya repossessor mogok selama 1 bln,apakah yg akan terjadi kepada ekonomi negara kita.Sebagai contoh,setiap hari di Ipoh sahaja purata kereta yg ditarik semula oleh pihak bank dianggarkan sbanyak l.kurang 25 - 30 biji kenderaan ( purata kereta yg didaftarkan di 3 store penyimpanan kereta iaitu IPAA,Too Ware House & Focal Park) sekirannya semua kereta ini kita anggarkan gagal menjelaskan 3 bln ansuran blnan kpd pihak bank antara RM900 hingga RM2000.Berapa banyakkah kerugian yg terpaksa ditanggung oleh insitusi kewangan di negara kita?Itu adalah jumlah untuk sehari,bagaimana pula jumlah utk sebln,enam bln @ setahun?Banyakkan jumlah wang yg terpaksa ditanggung oleh pihak insitusi kewangan kita sekirannya tiada penarikan dilakukan oleh repossessor.
     Pada masa dahulu repossessor sentiasa bekerja secara berkumpulan antara 2 org - 4 org untuk satu pasukan.Antara mereka ini ada yg pakar mengesan kereta ( berkebolehan menghafal puluhan bahkan ratusan no kereta pd satu2 masa)pakar dlm selok belok taman perumahan,jln,lrg,kg atau tempat2 yg susah utk diingati,ada yg pakar mengesan kereta dgn cara " mengorek maklumat " yg kadang kala tidak masuk akal,ada jg yg mempunyai kabel yg power dgn insitusi kewangan,JPJ & PDRM utk memudahkan kerja2 mengesan kereta dilakukan.Hasil gabungan pelbagai kepakaran ini memudahkan kerja2 penarikan dilakukan.Pada masa dulu repossessor bekerja tidak mempunyai waktu pejabat.Kerja dilakukan berdasarkan pergerakkan kereta.Sebagai contoh,sekirannya Fresh RO tlh diperolehi pd hari ini  perkara pertama yg dilakukan adalah mengenalpasti  alamat kereta tersebut berada,kerja,pergerakan penyewa dan seterusnya pergi ke alamat seperti mana yg tertulis pd RO utk memastikan alamat tersebut masih berpenghuni .Sekirannya kereta dijumpai pd masa tersebut penarikan akan terus dilakukan setelah pengesahan dilakukan semula dgn pihak bank.Sekirannya kereta tidak ada dialamat tersebut,repossessor akan menyiasat melalui kesan2 yg ditinggalkan,maklumat dr jiran atau sebarang pertujuk yg diperolehi.Sekirannya repossessor berpendapat kereta masih ada di alamat tersebut satu lg tugasan akan dilakukan pd malam hari yg sama untuk memastikan kereta benar2 digunakan oleh penyewa yg sama.Pd mlmnya sekitar jam 11 malam repossessor akan pergi semula ke alamat tersebut utk pengesahan.Sekirannya kereta ada di alamat tersebut maka keesokkan harinya seawal jam 6.30 pg repossessor akan berada di lokasi yg berhampiran utk menunggu kereta keluar dan seterusnya membuat penarikan.Bayangkan berapa lama masa yg diperlukan utk menarik sebuah kereta.
    Pelbagai taktik digunakan oleh repossessor pd masa dulu utk mengesan,memancing kereta,mengorek maklumat sehingga berjaya melakukan penarikan.Bayangkan betapa susahnya utk menarik sebuah kereta pd masa dulu.Kini ramai repossessor muncul seiring dgn perkembangan teknologi semasa.Sejak penggunaan Lap top secara aktif oleh repossessor jglah muncul repossessor yg hanya tahu menekan laptop sahaja utk dijadikan modal menarik kereta sedangakan tiada skill istimewa pd golongan ini seperti mana otai2 repo yg lain.Mereka ini jg agak agresif & kadang kala tidak menunjukkan rasa hormat kpd otai2 repo.Suatu masa dahulu kita pernah dengar ada repossessor yg tidak bertanggungjawap membaut kerja ini dengan memeras ugut pemilik kereta dgn cara menunjukkan maklumat kereta yg tertera pd laptop shj tanpa menunjukkan RO kpd pemilik kereta.Mereka inilah yg telah menjatuhkan martabat repossessor & menyebabkan repossessor makin dipandang hina oleh masyarakat.
    

No comments:

Post a Comment