Friday, December 17, 2010

REPOSSESSOR & DUNIA IT

   Salam.....
    Bertemu kembali kita di DILEMA REPO.Kali ini aku akan memperkatkan mengenai KETERPAKSAAN repossessor mengenal dunia IT yg makin berkembang di negara kita.Seingat aku laptop mula diperkenalkan ke dalam dunia repossessor sekitar thyn 2005.Sebelum itu para repossessor menggunakan fresh RO yg diissue oleh pihak bank atau insitusi kewangan termasuk pihak2 kredit utk memburu penyewa2 yg gagal menjelaskan ansuran blnan kereta masing2.
    Pada masa tersebut tidak ramai repossessor menggunakan laptop utk tujuan mejalnkan penarikan kereta krn kekangan kos kewangan yg tinggi.Sebuah laptop terpakai berharga l.kurang RM2500 walaupun menggunakan window 2000.Untuk mendapatkan data juga sesuatu yg menyulitkan.Tidak ramai yg tahu bagaimana & dari siapa utk mendapatkan data,tidak seperti skrg.Boleh dikatakan pada masa ini Data Repo Pro menguasai 80% pasaran data di Malaysia termasuk data2 lain yg berbeza jenama tetapi isi kandungannya jg dari Repo Pro seperti mana data Repo Master,Repo Database,Car Finder.
    Pada masa itu juga kita akan dapat melihat ramai repossessor yang menggunakan laptop menekan papan kekunci umpama PATUK AYAM.....kini ramai repossessor menjadi celik IT akibat ledakan dunia teknologi dan ada juga yg menjadi padai krn terpaksa.T.kasih dunia IT.....Akibat penggunaan laptop juga jumlah repossessor menjadi umpama cendawa tumbuh selepas hujan kerana ramai ank muda beranggapan menjadi repossessor satu jln mudah mendaptkan wang!Maka kualiti  kerja repossessor jg  kini boleh dipertikaikan dan ada sesetengah mereka ini mengambil kesempatan dgn jln mudah melakukan kerja2 penarikan yg boleh menjerumuskan mereka kpd melakukan jenayah kerana menyalahgunakan maklumat2 berkaitan.
    Ada juga sesetengah repossessor mengambil jalan mudah dgn menggunakan laptop shj tanpa menggunakan Repossassion Order dari insitusi kewangan utk menarik kereta yg gagal menjelaskan ansuran blnan,sekadar menunjukkan lap top shj kpd pemilik kereta tanpa mengemukakan repo order.Ini adalah satu tindakan yg menyalahi undang2 dan sekirannya laporan polis dibuat oleh pemilik kereta,repossessor terbabit boleh ditangkap dan dihukum penjara sekirannya disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
    Dengan ledakan dan kemudahan teknologi jg aku tlh cuba meningkatkan keupayaan aku sebagai repossessor dgn menggunakan fax didalam kereta bagi memudahkan aku mendapatkan repo order dari pihak insitusi kewangan dgn kadar segera walau di mana penarikan diadakan.Dari Ipoh aku telah ke Batu Pahat,Johor utk mendapatkan teknologi tersebut.T.kasih kpd rakan baik aku Along Sis yg tlh membantu aku mendapatkan teknologi tersebut sekitar ogos 2006 dan aku masih menggunakan teknologi tersebut sehingga kini.
    Sesungguhnya kemudahan IT membawa pelbagai kesan dalam kehidupan seharian kita sama ada sebagai individu biasa atau repossessor.Adalah menjadi tanggujawap kita untuk menggunakan apa2 teknologi utk kebaikan kita sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment