Tuesday, December 7, 2010

HUTANG BUDI DI BAWA MATI,HUTANG KERETA DI BUAT PIANG!!!

     Salam Maal Hijrah kpd semua yg beragama Islam serta salam sejahtera.....
Anjakan Paradigma iaitu suatu perkataan yg sesuai bersempena dgn sambutan Maal Hijrah ke 1432 yg kita sambut pd hari ini di seluruh Malaysia.Aku ingin memperkatakan mengenai Hijrah dr segi enggan menbayar hutang kpd Redha membayar hutang....satu tajuk yg menjengkalkan bg sesetangah pihak yg agak jumud pemikirannya.Maaf,tp itulah kenyataan sebilangan besar masyarakat Melayu di Malaysia ini.Belum lg mengenai subsidi yg jg sinonim dgn pemikiran rakyat Malaysia.Sekirannya kita melihat laporan tahunan Bank Negara Malaysia kita akan dapati setiap thn makin bertambah bilangan org melayu yg memasuki senarai MUFLIS dan ada sebahagiannya terpaksaa meminta bantuan AKPK utk meguruskan bebanan kredit meraka.
    Aku tidak akan memperkatakan megenai hutang2 lain selain dari hutang kenderaan persendirian.Tahukah anda setiap tahun berapa banyakkah kenderaan didaftarkan di Malysia?Bilangannya mencecah jutaan dan iannya pasti melibatkan jumlah yg bukan sedikit terpaksa dikelaurkan oleh insitusi kewangan utk memastikan rakyat Malaysia terus BERGAYA....kata org Parit BIOR PAPA ASAL BERGAYO.....nampaknnya kata2 ini cuma sedap disebut tetapi amat bahaya jika terus dipraktikkan.Pelbagai promosi dan insentif di berikan oleh insitusi kewangan di negara kita utk menambah bilangan peminjam2 baru dan pd masa yg sama menggalakkan peminjam2 ini melangsaikan hutang mereka tepi pada masa yg sama juga jumlah kereta PIANG jg makin bertambah dijalan raya.Walaupun pihak bank cuba menyekat perkara ini agar tidak menjadi wabak tetapi ruang2 serta KERJASAMA dr kerajaan sendiri menyebabkan penyakit berhutang ini gagal diatasi sepenuhnya.Sebagai contoh,insitusi kewangan cuba menyekat para penyewa yg mempunyai tunggakan pembayaran ansuran blnan kenderaan dgn meyekat pembayaran membaharui cukai jln (LKM) tetapi penggunaan sistem MyEG menjadi elternatif kepada peminjam yg culas utk membaharui cukai jln dan menyebabkan usaha insitusi kewangan menjadi gagal.Dgn penggunaan sistem MyEG pemilik(penyewa) kenderaan masih lg dapat membaharui cukai jln kenderaan masing2 tanpa perlu menggunakan Geran Kenderaan Bermotor.Begitu jg kelonggaran yg diberikan oleh pihak JPJ utk mendapatkan Salinan Geran.Dengan bermodalkan RM50 serta mengambil masa sekitar 15 minit satu salinan geran boleh diperolehi di kaunter JPJ walaupun geran asal kenderaan yg hak miliknya masih dituntut oleh insitusi kewangan disimpan oleh insitusi kewangan tersebut!
    Pada dasarnya polisi kerajaan adalah memudahkan rakyat dalam urusan seharian ini telah mewujudkan satu keadaan yg boleh dimanipulasikan oleh sesiapa shj yg mempunyai pemikiran yg kreatif.Anda mungkin terkejut sekirannya kenderaan anda yg sebelum ini dijual kpd pihak ketiga dan geran kenderaan tersebut masih disimpan oleh insitusi kewangan tetapi cukai jln boleh diperbaharui tanpa masalah oleh pengguna ketiga kenderaan tersebut.Ada sesetengah kes dimana kenderaan yg mempunyai tunggakan ansuran blnan gdn insitusi kewangan selama bertahun2 tapi masih boleh diperbaharui cukai jlnnya dgn begitu mudah.Ini belum lg diperkataan bertapa mudahnya proses Inetrchange no pendaftaran yg begitu rancak dijalankan oleh runner2 di kebanyakkan kaunter2 JPJ di seluruh negara.Cogan kata yg dipegang oleh runner2 ini adalah " ada Kepala Agong semua jadi"
    Bolehkah kita secara bersama melakukan anjakan paradigma ini utk memastikan semua kepincangan ini di perbetulkan sempena Maal Hijrah ini???Sekirannya kita dpt menutup semua ruang yg rompang ini kemungkinan besar sebahagian besar pengguna2 kereta piang ini akan berubah fikiran dan enggan lg menggunakan kereta piang apabila cukai jln tidak lg boleh diperbaharui dgn mudah.Apa guna ada kereta tapi tidak ada cukai jln dan insurans.Kalau ditahn polis atau JPJ sah2 kena saman,silap2 hari bulan kereta kena sita plak.Bila kereta dah kena sita sudah pasti pengguna 3 tidak ada sebarang keistimewaan utk mendapatkan semula kereta tersebut.Secara tidak lansung permintaan terhadap kereta piang akan menjadi berkurangan dan seterusnya penyewa2 yg culas tidak dapat lg menjual piang kereta tersebut kpd pihak ke 3 dan seterusnya ansuran blnan kereta tersebut terpaksa dibayar sekirannya tidak mahu kereta ditarik hak miliknya .Sekirannya masih enggan melunasklan ansuran tersebut, tindakan penarikan boleh dilakukan oleh repossessor.Apabila penarikan dilakukan dan penyewa masih lg gagal menjelaskan tunggakkan tersebut berserta repofees maka pihak insitusi kewangan boleh menjual semula kereta2 tersebut secara tander dan dapat mengurangkan kadar kerugian insitusi kewangan.Entahlah,tepuk dada tanya iman.....

    

1 comment:

  1. Tuan blog... adakah istilah tutup sistem pd kereta piang ni? Betul ke rekod bank bolrh ditutup/lupus? Boleh kah repo kenal pasti kereta piang ni untuk ditarik?

    ReplyDelete