Friday, February 18, 2011

ZAMAN DAINASOUR BERMULA............

     Salam.....
    Betul kata org tua2....gunung kalau ditarah tiap2 hari akan rata juga akhirnya.Inilah yg terjadi kini dgn nasib repo team di seluruh Malaysia.....Hasil maklum balas yg aku terima mendapati segenap pelusuk Malaysia dr Pdg Besar,Johor Bahru,Kuching serta Kota Belud sudah menuju zaman kepupusan kereta yang boleh di tarik.Bayangkan setiap hari dari tahun 2004 hingga kini dengan penggunaan teknologi lap top berapa banyak kereta yang ditarik setiap hari.Sebuah kereta cuma boleh di tarik apabila penyewa gagal menjelaskan ansuran bulanan selama 2 ansuran berturut-turut( sek 16 Akta Sewa Beli 1967)Ini di amalkan oleh CIMB Bank & Ambank.Kebanyakkan bank atau insitusi kewangan lain mengamalkan penarikan selepas 2 bln 21 hari....
     Ini bermakna sekirannya kereta tersebut ditarik utk kali pertama,maka repossessor perlu menunggu selama 2 bln lg utk menarik kereta yang sama sekirannya penyewa masih gagal menjelaskan ansuran kpd pihak bank.Kebelakangan ini kita dapati penyewa makin pintar dan berfikiran jauh.Apabila kereta mereka gagal dijelaskan ansuran,mereka akan menyimpan kereta tersebut dirumah dgn menanggalkan plate nombor serta diselimut utk mengelak dari dikesan oleh repossessor seterus dari ditarik.Sebagai contoh,di Ipoh sahaja tidak kurang dari 35 team repossessor yang melakukan aktiviti penarikan.Cuba bayangkan 5-6 tahun dahulu semasa zaman permulaan lap top.Setiap hari sekurang-kurangnya 2 biji kereta boleh ditarik oleh setiap team repo.Sehari dianggarkan tidak kurang dari 70 biji kereta ditarik.Sebulan lebih dari 1750 biji kereta ditarik....!!!!! Satu jumlah yang cukup banyak..jadi setahun 21000 biji kereta telah ditarik.Untuk tempoh 5 tahun berjumlah 105000 biji kereta ditarik....jadi kalau nk tunggu dapatkan purata kereta yntuk ditarik dengan jumlah tersebut pd masa ini amatlah sukar.Maklum balas yang saya terima di seluruh Malaysia mendapati amat-amat sukar untuk megekalkan rekod mendapatkan kereta sebiji sehari!!!Jumlah yang dipaparkan adalah jumlah kasar untuk Ipoh sahaja....belum dikira seluruh negeri Perak,Hitungan juga belum dibuat untuk seluruh Malaysia.Bayangkan berapa banyak kereta telah ditarik diseluruh Malaysia untuk tempoh 6 tahun terdahulu.
   Sekarang ni,pemimik-pemilik kereta lebih sanggup mengikat perut untuk memastikan kereta dibayar setiap bulan.Mereka tahu andainya kereta ditarik beban kewangan mereka makin berat.Mereka terpaksa membayar keseluruhan tunggakan,repofees,charge penyimpanan kereta di store,kos guaman serta lain-lain kos yang ditetapkan oleh pihak bank.Kadangkala bdk bdk repo menyalahkan Programer yang menyediakan data repo setiap bln utk digunakan oleh repossessor bg tujuan mengesan kereta-kereta yang mempunyai ansuran bulanan yang tertunggak apabila gagal mendapat kereta sepertimana di awal zaman penggunaan lap top.Sekirannya direnungkan semula di buat conggakan sepertimana angka-angka yang aku paparkan barulah kita tahu kenapa jumlah kereta yang boleh ditarik makin berkurangan setiap hari.Belum di campur kira dengan kereta kereta yang diguna pakai oleh repossessor sendiri,gengster,ahli PEKIDA,PEKIMA,PEWARIS,SAHABAT,PADIMAS,SEJAGAT,UTARA SELATAN,GELANGGANG GURUN,SANGKAR EMAS,04,08,12,21,24,36,363,368,369,77 penyeludup beras di Pantai Timur,penyeludup rokok di Pantai Remis,Lumut,Sitiawan,Teluk Intan,Kluang,Muar,Batu Pahat,kereta kereta yang digunakan oleh tonnto,penyeludup manusia, dan pelbagai aktiviti yang lain.Kereta kereta yang digunakan oleh kelompok ini dikategorikan sebagai kereta piang.Iaitu kereta yang DIHARAMKAM utk ditarik utk keselamatan repossessor sendiri......
     Keadaan sekarang umpama zaman dainasour ynag menuju kepupusan..............

No comments:

Post a Comment