Monday, November 29, 2010

AKTA SEWA BELI 1967 ( akta 212 )

   Salam kpd semua.....
aku sedaya upaya bersikap nutrel dlm penulisan aku di dlm blog ini utk kebaikan semua pihak yg membaca.Pd zaman ini pelbagai elternatif boleh digunakan oleh masyarakat utk mendptkan maklumat.Akta Sewa Beli 1967 mula2 guna pakai di Malaysia pd 11 April 1968 setelah digubal & diluluskan oleh Perlimaen Malaysia pada 1967.Aku tidak bercadang utk mengulas secara penuh mengenai akta ini kerana aku bknlah org yg sesuai utk mengulas mengenai undang2 ini.Walau bagaimanapun aku akan membincangkan beberapa seksyen utama di dlm akta ini.
    sek16(1) menyatakan pihak bank boleh menarik balik hak milik sebuah kenderaan seperti mana yg dinyatakan didlm perjanjian sewa beli sekirannya" terdapat 2 igkaran berterusan tentang atau suatu ingkaran pembayaran berhubung sgn pembayaran akhir dan beliau tlh menyerahkan kpd penyewa suatu notis bertulis tidah kurang dr 21 hari selepas serahan notis tersebut.
     sek16(1A) sekirannya seseorang penyewa telah meninggal dunia pihak bank boleh menarik balik hak milik sesuatu barang seperti mana dalam perjanjian sewa beli setelah penyewa gagal menjelaskan ansuran selama 4 bln berturut2.Walau bagaimanapun sek16(2) mengecualikan pihak bank memenuhi peruntukan pd sek 16(1A) sekirannya ada alasan yg munasabah.
    sek37 dengan jelas menyatakan penyewa dikenendaki menyatakan dimana barang disimpan atau dlm milikan siapa setelah suatu notis diserahkan kpd penyewa dlm tempoh 14 hari,Sekirannya penyewa gagal menyatakan dimana brgan tersebut disimpan,maka penyewa tlh melakukan suatu kesalahan dibawah akta ini,
    sek44.menyatakan afidavit atau keterangan lisan seorng pemunya atau pekerjanya atau ejennya tentang hantar - serah,kiriman atau penyampaian apa2 notis atau dokumen yg dikehendaki atau diberikuasa utk disampaikan di bawah akta ini boleh diterima sebagai bukti PRIMA FACIE.(seksyen ini boleh diguna pakai apabila penyewa sering menafikan tidak ada menerima apa2 notis peringatan dr pihak bank berhubung kegagalan atau kelewatan membuat pembayaran)
     sek46.menyatakan mana2 pihak yg melakukan kesalahan dibawah akta ini sekirannya tlh dibuktikan & sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000 atau penjara bg tempoh tidak lebih dari 6 bln.
     Ini adalah sebahagian dari peruntukan yang terkandung didalam akta ini yg perlu diketahui oleh penyewa dan juga repossessor yg terlibat sepenuhnya didlm akta ini.Kita jgn menjadi buta ilmu & menjadi katak dibawah tempurung yg lansung tidak mahu mangambil tahu hak2 kita.
     Mungkin ramai yg tertanya2 kenapa aku kerap menggunakan perkataan penyewa.Penyewa bermaksud org yg berhutang dgn pihak bank yg mana pihak bank adalah pemilik sebenar kenderaan tersebut sehinggalah penyewa melangsaikan semua tunggakan.Ini apa yg dinyatakan oleh undang2......





     

No comments:

Post a Comment