Monday, November 29, 2010

DILEMA REPO....

    Asmkum & salam sejahtera all repoman at msia...
Pertama kali aku coretkan warkah ini utk tatapan semua rakan2 repo di Msia.Sepanjang 10 thn  aku bergelumang dgn pelbagai kerenah "penyewa" kereta yg ditarik oleh bdk2 repo.Untuk paparan kali pertama ini aku akan menceritakan bagaimana aku boleh menjadi sorg Repo Man.Ianya bermula setelah aku ditahan kerja sebagai penjawat awam pd awal mac 2000.Kali pertama aku bergelar Repo Man setelah secara tidak sengaja aku dipelawa oleh sorg kenalan yg bersimpati dgn nasib aku yg terumbang abing dgn pendapatan yg tidak seberapa.Bermula dgn mencuba nasib akhirnya aku kini salah seorg Org Lama dlm dunia repo di Ipoh.Biar aku perkenalkan sahabat lama aku itu dgn nama "S".Dia salah sorg repossessor yg aktif untuk May Bank pd masa itu.(kini dah letak jawatan & menjadi Gengster sepenuh masa.)Kali pertama "jln" agak kekok jg dgn istilah "chek payment","comfirm payment","fresh RO","wayang""pancing","stop payment","4th Shdle" dan pelbagai istilah lain yg digunakan oleh repossessor.Pada masa itu mana ada lg lap top mcm skrg.Skrg bdk2 repo dah senang byk.Main tembak je.Repossessor mesti arif tentang nama jln,taman,menghafal plate & model kereta yg dicari utk ditarik.Mula2 tu Allah sj yg tahu bertapa seksanya nanti tarik sebiji kereta.Aku jg dilatih mcm mana nak "sentap" kunci kereta.Mula2 tu cuak jg le.Gila apa!seumur idup tak pernah sentap kunci kereta org tetiba disuruh buat keje mcm penyamun!Alasan member aku ni senang je,kalau kita tak dapat sentap kunci kereta susah kita nak berurusan dgn owner kereta.Antara "Ajaran Sonsang" yg diajar ialah JGN PERCAYA KPD PEMILIK KERETA!Time inilah kita boleh tgk pelbagai lakonan mengalahkan PELAKON LELAKI & WANITA TERBAIK PESTA FILEM MALAYSIA!!!Tak ada seorang pun yg mengaku kesilapan mereka yg gagal menjelaskan ansuran blnan kpd pihak Bank.Alasan yg paling popular ialah " KAMI TAK DAPAT SURAT DR BANK"
    Aduh!!!petak jap kepala otak bila dia orang ckp mcm tu...mana ada orang nak mengaku BERAK TP JLN.....Rasa kesian memang ada,tp member aku suruh aku pegang pada 1 prinsip 'TIME HANG SUSAH DEPA TAK HANTAR BERAS KAT RUMAH HANG'Sebenarnya byk lg yg aku nak coretkan disini tentang pengalaman perjalanan aku sebagai Repo Man tp cukuplah utk kali pertama ini.Aku akan kongsi lg sedikit sebanyak perjalanan suka & duka kehidupan sebenar sebagai Repo Man utk tatapan & renungan semua yg melayari blog ini
   Wslm...///

1 comment: