Tuesday, December 21, 2010

BELI KES....ADUH !!!

    Salam......
     Bersua kembali kita di Dilema Repo pada kali ini.Aku akan memperkatakan mengenai satu sinario yang kebelakangan ini banyak di hadapi oleh para repossessor semasa penarikan dilakukan.Ada segelintir repossessor sendiri,xrepossessor serta kenalan2 dari kelompok tertentu didalam ahli Pekida,Pekima,Sahabat,Putera atau mana kelompok tertentu masuk campur atau cuba menghalang penarikan dilakukan sama ada penarikan dilakukan oleh repossessor melayu,india,cina,bengali atau mana2 etnik lain yang terlibat.Ada diantara mereka ini boleh dibawa berunding dan ada juga yang lansung tidak boleh dibawa berunding setra bertindak agresif untuk menghalang penarikan dilakukan.
    Antara alasan yang sering digunakan untuk menghalang penarikan dilakuakan ialah,pemilik kereta tersebut ada dari kelompok mereka atau ada pertalian darah serta satu pertalian lain yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.Sekirannya perkara ini terjadi,biasanya satu table talk akan diadakan diantara repossessor dengan orang yang cuba menghalang penarikan tersebut. Ada kalanya situasi tersebut akan berakhir dengan kedua-dua pihak berpuas hati danb kadang kala berakhir dengan pergaduahan yang sudah tidak dapat dielakkan sekirannya kedua-dua pihak enggan bertolak ansur.Sekiarannya pergaduhan berlaku sudah pasti akan melibatkan pihak ketiga iaitu PDRM.
    Sekirannya melibatkan pihak PDRM sudah tentu kedua-dua pihak yang terlibat akan menghadapi kesulitan sekirannya pergaduhan tersebut dikasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.Sekirannya kejadian tersebut telah diklasifikasikan di bawah seksyen tersebut maka pihak PDRM terpaksa membuat tangkapan terhadap keuda-dua pihak yang terlibat!Siapa yang susah?Siapa yang rugi?sudah pasti mereka & keluarga mereka!!!Jika kejadian tersebut berlaku kebiasaannya pihak yang akan dipersalahkan adalah REPOSSESSOR!!!Satu anggapan yang sentiasa berada diminda pihak berkuasa ialah,repossessor adalah golongan yang sering menimbulkan masalah.
     Aku tidak mahu mengulas sinario tersebut dengan lebih panjang kerana ianya melibatkan unsur-unsur perundangan dan aku akan dianggap cuba mempertahankan pihak repossessor.Ada juga situas dimana apabila sesebuah kereta telah ditarik dan telah disimpan didalam store,ada pihak-pihak tertentu telah mengambil tindakan yang lebih DRASTIK dengan memecah masuk ke store tempat penyimpanan kereta dan merampas semula kereta tersebut dan dibawa keluar dari store.Haru-haru........Pernah terjadi kira-kira dua atau tiga tahun yang lalu di sebuah tempat penyimpanan kereta di Butterworth P.Pinang seorang pengawal keselamatan store tersebut telah mati di bunuh apabila store tersebut telah diserang oleh beberapa oenag lelaki tang tidak dikenali dan telah merampas semula kereta yang disimpan didalam store tersebut.Akibatnya beberapa ornag telah ditangkap dan kini dalam proses perbicaraan.
     Ada juga situasi dimana repossessor yang menarik kereta tersebut di pukul atau di paksa mengeluarkan semula kereta yang ditarik dengan pelbagai cara yang tidak masuk akal.Golongan ini bertindak diluar batas pemikiran logik kita dan bagi mereka tidak ada istilah mengundur sebelum kereta diperolehi semula.Sekiarannya mereka gagal mengeluarkan semula kereta yang ditarik dari store ada juga yang akan bertindak menrik balik kereta-kereta yang digunakan oleh repossessor sebagai tindakan membalas dendam.Kebiasaannya repossessor sendiri menggunkan kereta-kereta yang tidak dijelaskan ansuran bulanan kepada pihak bank.......Ya,ya......aku tahu.Memang tidak adil !!!Kalau repossessor boleh menggunakan kereta yang tidak dibayar ansuran bulananya mengapa orang lain yang gagal menjelaskan ansuran bulanan kereta mereka boleh ditarik?Persoalan ini sememangnya sudah lama berada dibenak dan minda masyarakat kita.Seolah-oleh repossessor sendiri ada imuniti...Sebenarnya ini adalah satu amalan sejak lama dahulu dan menjadi trad mark kepada semua repossessor.Seingat aku sejak aku menjadi repossessor selama 10 tahun iannya telah diamalkan oleh OTAI-OTAI Repo sebelum aku.
    Ada juga situasi yang berakhir dengan baik tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini dikedua-dua pihak apabila adanya persefahaman yang aku sendiri sukar jelaskan.Yang pasti ianya melibatkan wang,maruah,serta timbang rasa diantara kedua-dua piahk yang terlibat.  Perlu diingat,semua manusia memarlukan wang untuk menyara hidup dan kerana wang jugalah manusia berkerja.Aku tidak percaya lagi kepada ungkapan  BERKHIDMAT UNTUK NEGARA....AKU BUAT SEBAB SUKARELA.... atau apa-apa ungkapan yang sewaktu dengannya !!!

Sunday, December 19, 2010

MASYARAKAT & REPOSSESSOR

  Salam....
   Bersua kembali kita di blog aku ni....kali ini aku akan memperkatakan tentang masyarat kita,ya....tanggapan masyarakat terhadap repossessor.Hampir 90% masyarakat di negara ini sentiasa berpandangan negatif terhadap repossessor.Agak sukar kita mengubah pandangan masyarakat terhadap perkerjaan ini dan juga individu yang melakukan kerja ini.Majoriti masyarakat beranggapan repossessor adalah samseng,tidak berperikemanusiaan,tidak berhati perut,pentingkan diri sendiri dan tidak boleh bertolak ansur.
    Bagi membuktikan perkara ini,sila sign in ke fb malaysia repo & anda akan dapati ada pelbagai komen dan kutukan terhadap repossessor.aku pasti setiap hari repossessor akan berhadapan dgn pelbagai kerenah dan maki hamun serta rayuan yang kadang kala tidak masuk akal dari pemilik kenderaan semasa penarikan hendak dilakukan. Antara ungkapan yang sering dilontarkan oleh pemilik kenderaan adalah mengenai bangsa dan agama.Mereka menggunakan alasan sesama bangsa dan agama untuk mengelak kereta mereka dari ditarik.Sedangkan mereka sendiri tahu mereka gagal menjelaskan hutang yang wajip dibayar dan penarikan terpaksa dilakukan oleh pihak bank bagi memastikan hutang tersebut boleh dikutip dari mereka.
   Sebenarnya repossessor adalah golongan yang melakukan suatu tugas yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang.Bukan senang berhadapan dengan masyarakat yang mindannya telah diajar dari awal bahawa repossessor adalah golongan yang tidak berperikemanusiaan.Perlu diingat,repossessor bukanlah kakitangan bank yang dibayar gaji bulanan,kwsp dan sokso.Repossessor adalah agen bebas yang bergerak secara bersendirian dan menjadi ahli kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.Untuk menjadi ahli persatuan ini repossessor perlu mendapat perakuan dan rekemantasi dari pihak bank terlebih dahulu.Repossessor akan di audit,diperiksa latar belakang kewangannya oleh pihak bank sebelum diperakui menjadi ahli kepada persatuan syarikat2 sewa beli Malaysia.Sekirannya bakal repossessor sendiri disenarai hitamkan oleh Bank Negara maka dia tidak layak menjadi ahli Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.Untuk menjadi ahli repossessor juga perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM400 semasa pendaftaran kali pertama dan yuran tahunan sebanyak RM200. Hanya repossessor yang berdaftar sahaja diberi kuasa untuk menjalankan kerja2 penarikan berserta arahan penarikan dari pihak bank dan diberi kad kuasa oleh pihak bank.
    Aku sendiri tidak pasti kenapa masyarakat kita sentiasa berpandangan serong terhadap repossessor.Tidak dinafikan terdapat juga segelintir kecil repossessor terlibat dgn jenayah dan kekerasan semasa melakukan kerja2 penarikan.Kami bukanlah maklaikat....Kadang-kala apabila berhadapan dengan pemilik2 kereta yang agak tegar,kekerasan atau kata2 kesat pastinya berlaku sama ada provokasi atau tindakan pemilik kereta sendiri yang enggan berkerjasama.Sekirannya perkerjaan ini adalah sesuatu sumber pendapatan yang tidak halal aku pasti Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengharamkan perkerjaan ini dari dilakukan oleh repossessor yang beragama Islam!Haramkah pendapatan yang diperolehi oleh repossessor jika melakukan kerja ini???Jauh di sudut hati aku,aku yakin pendapatan ini bukannya haram kerana kami cuma melaksanakan tugas mengutip hutang dari golongan yang mungkir janji untuk menjelaskan hutang kepada mereka (bank) yang berhak.
    Ada juga segelintir pemilik kereta yang gagal menjelaskan tunggakan kereta mereka bersikap gentelman & senang di runding.Kadang kala aku dapati mereka menunggu kehadiran repossessor untuk memulangkan semula kereta mereka kerana mereka tahu mereka sudah tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta mereka dan mereka sendiri sudah tidak sanggup dibelanggu hutang.Ini terjadi satu dalam seribu!Kebanyakkan pemilik kereta akan merayu,meminta tempoh yang lebih panjang dan enggan kereta mereka ditarik.Inilah dilema repossessor sebenarnya,sekirannya repossessor tidak menarik kereta mereka bagaimana repossessor akan mendapat " GAJI ".Pendapatan repossessor bergantung kepada kereta yang ditarik.Ada kereta masuk,ada gaji.....Aku sendiri tidak menafikan kadang kala perkara ini membuka ruang kepada repossessor untuk melakukan perkara yang tidak dibenarkan oleh seksyen 36A & seksyen 36B Akta Sewa Beli 1967 iaitu menerima apa2 bayaran dari pemilik kereta.Sesetangah pihak memanggilnya Kautim dan pihak SPRM memanggilnya RASUAH!!!Susahkan???nak tarik pun susah,nak lepas pun susah!!!Jalan terbaik bagi mengatasi perkara ini adalah memaklumkan kepada pihak bank situasi sebenar dan membawa pemilik kereta membayar ansuran semimina mungkin dan mengambil repofees yang telah ditetapkan oleh bank.Situasai ini dipanggil Menang - Menang.
       Aku menyeru kepada semua repossessor supaya sentiasa bertindak secara rasional,profesional dan mengelak sebarang kontrovasi semasa melakukan tugas kita.Aku juga menyeru kepada masyarakat supaya mengikis sebarang tanggapan terhadap repossessor.Rambut sama hitam,hati lain-lain.
Sekian.....................Wasalam.

Friday, December 17, 2010

REPOSSESSOR & DUNIA IT

   Salam.....
    Bertemu kembali kita di DILEMA REPO.Kali ini aku akan memperkatkan mengenai KETERPAKSAAN repossessor mengenal dunia IT yg makin berkembang di negara kita.Seingat aku laptop mula diperkenalkan ke dalam dunia repossessor sekitar thyn 2005.Sebelum itu para repossessor menggunakan fresh RO yg diissue oleh pihak bank atau insitusi kewangan termasuk pihak2 kredit utk memburu penyewa2 yg gagal menjelaskan ansuran blnan kereta masing2.
    Pada masa tersebut tidak ramai repossessor menggunakan laptop utk tujuan mejalnkan penarikan kereta krn kekangan kos kewangan yg tinggi.Sebuah laptop terpakai berharga l.kurang RM2500 walaupun menggunakan window 2000.Untuk mendapatkan data juga sesuatu yg menyulitkan.Tidak ramai yg tahu bagaimana & dari siapa utk mendapatkan data,tidak seperti skrg.Boleh dikatakan pada masa ini Data Repo Pro menguasai 80% pasaran data di Malaysia termasuk data2 lain yg berbeza jenama tetapi isi kandungannya jg dari Repo Pro seperti mana data Repo Master,Repo Database,Car Finder.
    Pada masa itu juga kita akan dapat melihat ramai repossessor yang menggunakan laptop menekan papan kekunci umpama PATUK AYAM.....kini ramai repossessor menjadi celik IT akibat ledakan dunia teknologi dan ada juga yg menjadi padai krn terpaksa.T.kasih dunia IT.....Akibat penggunaan laptop juga jumlah repossessor menjadi umpama cendawa tumbuh selepas hujan kerana ramai ank muda beranggapan menjadi repossessor satu jln mudah mendaptkan wang!Maka kualiti  kerja repossessor jg  kini boleh dipertikaikan dan ada sesetengah mereka ini mengambil kesempatan dgn jln mudah melakukan kerja2 penarikan yg boleh menjerumuskan mereka kpd melakukan jenayah kerana menyalahgunakan maklumat2 berkaitan.
    Ada juga sesetengah repossessor mengambil jalan mudah dgn menggunakan laptop shj tanpa menggunakan Repossassion Order dari insitusi kewangan utk menarik kereta yg gagal menjelaskan ansuran blnan,sekadar menunjukkan lap top shj kpd pemilik kereta tanpa mengemukakan repo order.Ini adalah satu tindakan yg menyalahi undang2 dan sekirannya laporan polis dibuat oleh pemilik kereta,repossessor terbabit boleh ditangkap dan dihukum penjara sekirannya disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
    Dengan ledakan dan kemudahan teknologi jg aku tlh cuba meningkatkan keupayaan aku sebagai repossessor dgn menggunakan fax didalam kereta bagi memudahkan aku mendapatkan repo order dari pihak insitusi kewangan dgn kadar segera walau di mana penarikan diadakan.Dari Ipoh aku telah ke Batu Pahat,Johor utk mendapatkan teknologi tersebut.T.kasih kpd rakan baik aku Along Sis yg tlh membantu aku mendapatkan teknologi tersebut sekitar ogos 2006 dan aku masih menggunakan teknologi tersebut sehingga kini.
    Sesungguhnya kemudahan IT membawa pelbagai kesan dalam kehidupan seharian kita sama ada sebagai individu biasa atau repossessor.Adalah menjadi tanggujawap kita untuk menggunakan apa2 teknologi utk kebaikan kita sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Tuesday, December 14, 2010

CIMB OH CIMB.......TERUKNYE!!!!

   Salam......
Bersua kembali kita pd hari ini.Aku rasa ramai yg dah bgoleh agak tajuk aku kali ini berkenaan CIMB,apa yg aku maksudkan adalah prosedur dan repofee yg dibayar oleh cimb bg setiap kereta yg ditarik.Kebelakangan inim aku dapati CIMB Bank dah tak nak repo kete yg berusia lebuh dari 10 thn dengan alasan kereta tersebut sudah lama dan 2nd value utk ditander jg amat rendah.Alasan pihak pengurusan CIMB jg tidak munasabah dgn mengatakan biarlah owner pakai......alamak !!! amende nie?orang nak cr rezeki pun dorng tak nak kasi tarik pulak!!!
   Repofee yang ditawarkan oleh pihak pengurusan CIMB Bank jg makin hari makin murah.Bayangkan kereta 3 bln pada satu masa dulu dibayar RM500 dan boleh claim untuk trak tunda serta claim  luar kawasan.Sekarang jgn mimpi nak dapat ngam2 RM500 repofee kalau kete 3 bln.Kadang2 officer kat CIMB jd bingai bayar RM400 je....
    Aku dah kena banyak kali dengan Puan Safiah kat CIMB Nusantara.Pernah ada kereta yang aku repo,upah tarik dah approv RM5K,bila kereta masuk store je slash jd RM3.5K je.....gile ke ape nie???kalau ktorng tak minta approvel dulu tak pe....nie dah minta.Bukan sebiji dua kena mcm nie.Dah banyak biji.Aku dah tak boleh tahan dgn CIMB.....Pas tu payment lak lambat byr,kena tgu berbulan2 baru dapat.
   Lagi satu peal bingai CIMB Bank bila nak stop payment kerwta bila dah repo.OIC tak ada ID utk stop payment!!!BINGAI.....memang bingai!!!Pas2 kalau dah stop payment pun kalau owner kete atau sapa2 masuk payment kat CDM pun CIMB terima ( ala...ckp je terima with out prajudies )bila kita orang bawa owner p balai masa nak buat report tarik kereta,owner bagitahu kat polis kereta dah bayar dgn menunjukkan slip @ resit pembayaran,pihak polis pula suruh bg balik kereta kat owner dgn alasan belum buat report lg & owner dah bayar....Dah jd buat keje amal.......
   Satu hal lagi bila stop payment je,pihak pengurusan CIMB nak kereta masuk jg store walau apa yg terjadi.Kadang2 memang repossessor stop payment utk pastikan ada satu INSURANS kpd repossessor kalau2 owner hantar org p bayar payment kereta kat CDM.Masa stop payment kat System CIMB akan dibandingkan dgn Resit pembayaran untuk pastikan jam berapa penarikan dilakukan & jam berapa pembayaran dilakuakan.Sekirannya pembayaran dilakukan terlebih dulu dari masa stop payment,maka kereta perlulah diserahkan semula kepada pemilik kereta.Kadang kala bila stop payment dibuat,bukan semua kereta tersebut comfirm boleh repo.Kadang kala ada juga PBB beli kes....mengaku saudara le,kereta payung le,member le,nak kasi lapik le,kete bdk repo le,kete bdk 3 /// le,kete bdk 04,08,12,21,24,36,77,368,363,ntah apa2 nombor lg.......bila je stop payment,kalau nak buka payment balik dah jd 1 masalah kepada repossessor pula,pihak pengurusan CIMB nak repossessor buat report polis kenapa penarikan gagal dilakukan....aduh!!! bkn senang nak buat report,tak kan repossessor nak masukkan dlm report kereta ni sapa pakai,apa sebab tak leh repo...kang bdk repo lak kena kutip dgn dorng nie tgh malam!!! sapa nak jawap???Officer CIMB apa yg diorang tahu,dorng dok kat opis je....tekan komputer,bln masyuk jg......repossessor pun tekan laptop jg,tp bln2 blm tentu masyuk kalau tak repo kereta bang ooiiiiii!!!!!pas2 staff CIMB ckp,repossessor kautim,tu yg tak jadi repo.
    Aku rasa lebih baik semua team repo bawa 1-2 org staff CIMB ikut jln 2-3 hari biar dorng nie tahu susah ke senang nak cari kereta...jgn ckp je pandai.....
aku malas nak merepek panjang2......aku dah kecewa dgn pengurusan CIMB yg kelam kabut dan carca merba!!!!

Friday, December 10, 2010

REPOSSESSOR & POLIS....

    SALAM .......
    Bersua kembali kita kali ini.Tajuk kali ini agak SENSITIF utk diperkatakan,kendatipun aku terpaksa juga memperkatakan mengenai tajuk ini.Repossessor dan pihak PDRM tidak boleh dipisahkan setiap kali penarikan dilakukan oleh repossessor.Adalah menjadi kewajipan repossessor untuk membuat laporan polis selepas penarikan dilakukan.Sekirannya penarikan dilakukan tetapi laporan polis tidak dibuat,alamatnya mkn nasi bungkus le repossessor  yg tarik kete tu.......
    Sesetengah balai polis agak tegas semasa proses membuat laporan polis oleh repossessor,ada jg balai polis yg boleh lebih kurang dgn pihak repossessor semasa laporan polis ingin dibuat oleh repossessor.Adalah sesuatu prosedur yg standard di mana2 balai polis utk memastikan hanya repossessor yg berdaftar dan mempunyai kad kuasa penarikan yg sah shj boleh membuat laporan polis selepas penarikan dilakukan.Pada masa yg sama kete yg telah ditarik perlu dibawa ke balai polis utk pemerikasaan oleh anggota pejabat pertanyaan utk memastikan tidak ada sebarang kerosakan atau sesuatu perkara yg tidak diingini berlaku selepas laporan polis dibuat oleh repossessor.Sekirannya penarikan dilakukan dgn menggunakan trak tunda,kete tersebut masih perlu dibawa ke balai polis utk pemeriksaan utk kebaikan pihak repossessor,pemilik kereta dan jg pihak polis supaya tidak ada perkara berbangkit selepas penarikan dilakukan.
    Sudah menjadi susatu yg lumrah selepas kereta ditarik,pemilik kereta akan membuat laporan polis mengatakan ada barang,wang,eksesori atau kerosakkan terhadap kereta mereka.Ini akan menajdi isu yg saukar ditangani oleh piahk repossessor dan pihak polis sekirannya kereta tidak dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan semasa laporan polis dibuat.Jadang kala selepas kereta ditarik pemilik akan membuat laporanm polis mengatakan ada wang tunai berjumlah yg agak tidak munasabah telah hilang dari dalam kereta yang ditarik.Suakar bagi pihak repossessor utk menafikan perkara tersebut sekirannya kereta tidak dibawa kebalai polis untuk pemeriksaan semasa laporan polis dibuat.Perkara ini jg sebenarnya tidak dibenarkan oleh pihak polis untuk kebaikan semua pihak yang terlibat.Kadang kala akan menjadi isu atau tomahan oleh pemilik kereta yang ditarik dangan mengatakan pihak polis sendiri yang bersekongkol dengan repossessor.
    Repossessor jg mempunyai satu kod etika tidak rasmi dengan tidak melakukan penarikan terhadap kereta yang dimiliki oleh anggota atau pegawai polis.Ini bkn kerana pihak repossessor takut kepada anggota atau pegawai polis tersebut tetapi atas dasar menghormati pihak polis.Perkara ini kadang kala menjadi sesuatu yang rumit untuk diperjelaskan kerana jarang berlaku repossessor menarik semula hak milik sesebuah kereta milik anggota polis atau pegawai polis.Ini kerana  repossessor enggan bermasam muka dengan anggota atau pegawai polis sekirannya kereta mereka ditarik.Kendatipun,anggota atau pegawai polis jaga kadang kala mengambil kesempatan diatas kelonggaran tidak rasmi ini.
   Sebenarnya tidak menjadi suatu kesalahan sekirannya repossessor manarik balik hak milik sesbuah kereta milik anggota atau pegawai polis kerana undang2 kita sebenarnya adil kepada semua pihak selagi semua pihak menghormati undang2 dan memahami peranan masing2.Sekirannya ada anggota atau pegawai polis yg tidak membenarkan kereta mereka ditarik adalah menjadi suatu kesalahan sekirannya meraka menggunakan kedudukan atau kapasiti mereka sebagai anggota penguatkuasa undang2.Repossessor boleh memanjangkan perkara tersebut kepada pihak SPRM kerana anggota atau pegawai polis tersebut telah menyalahguna kuasa,perkara tersebut jg boleh dibawa kepada Bahagian Tata Tertib PDRM sama ada di peringkat IPD,IPK atau Bkt Aman.Tindakan tata tertib boleh dikenakan kepada anggota atau pegawai polis tersebut kerana gagal mejelaskan hutang.Sebenarnya anggota polis atau pegawai polis sendiri terikat dengan peraturan yang mejawipkan meraka mengistiharkan harta dan jg perlu mandapat kebenaran mengguna dan memiliki kereta dari bahagian Tata Taertib PDRM.
    Perlu diingatkan kepada semua pihak bahawa tidak ada sesiapa yg mempunyai imuniti dari segi undang2 dan semua pihak perlu bertolak ansur dan memahami tanggungjawap dan peranan masing2.

Tuesday, December 7, 2010

HUTANG BUDI DI BAWA MATI,HUTANG KERETA DI BUAT PIANG!!!

     Salam Maal Hijrah kpd semua yg beragama Islam serta salam sejahtera.....
Anjakan Paradigma iaitu suatu perkataan yg sesuai bersempena dgn sambutan Maal Hijrah ke 1432 yg kita sambut pd hari ini di seluruh Malaysia.Aku ingin memperkatakan mengenai Hijrah dr segi enggan menbayar hutang kpd Redha membayar hutang....satu tajuk yg menjengkalkan bg sesetangah pihak yg agak jumud pemikirannya.Maaf,tp itulah kenyataan sebilangan besar masyarakat Melayu di Malaysia ini.Belum lg mengenai subsidi yg jg sinonim dgn pemikiran rakyat Malaysia.Sekirannya kita melihat laporan tahunan Bank Negara Malaysia kita akan dapati setiap thn makin bertambah bilangan org melayu yg memasuki senarai MUFLIS dan ada sebahagiannya terpaksaa meminta bantuan AKPK utk meguruskan bebanan kredit meraka.
    Aku tidak akan memperkatakan megenai hutang2 lain selain dari hutang kenderaan persendirian.Tahukah anda setiap tahun berapa banyakkah kenderaan didaftarkan di Malysia?Bilangannya mencecah jutaan dan iannya pasti melibatkan jumlah yg bukan sedikit terpaksa dikelaurkan oleh insitusi kewangan utk memastikan rakyat Malaysia terus BERGAYA....kata org Parit BIOR PAPA ASAL BERGAYO.....nampaknnya kata2 ini cuma sedap disebut tetapi amat bahaya jika terus dipraktikkan.Pelbagai promosi dan insentif di berikan oleh insitusi kewangan di negara kita utk menambah bilangan peminjam2 baru dan pd masa yg sama menggalakkan peminjam2 ini melangsaikan hutang mereka tepi pada masa yg sama juga jumlah kereta PIANG jg makin bertambah dijalan raya.Walaupun pihak bank cuba menyekat perkara ini agar tidak menjadi wabak tetapi ruang2 serta KERJASAMA dr kerajaan sendiri menyebabkan penyakit berhutang ini gagal diatasi sepenuhnya.Sebagai contoh,insitusi kewangan cuba menyekat para penyewa yg mempunyai tunggakan pembayaran ansuran blnan kenderaan dgn meyekat pembayaran membaharui cukai jln (LKM) tetapi penggunaan sistem MyEG menjadi elternatif kepada peminjam yg culas utk membaharui cukai jln dan menyebabkan usaha insitusi kewangan menjadi gagal.Dgn penggunaan sistem MyEG pemilik(penyewa) kenderaan masih lg dapat membaharui cukai jln kenderaan masing2 tanpa perlu menggunakan Geran Kenderaan Bermotor.Begitu jg kelonggaran yg diberikan oleh pihak JPJ utk mendapatkan Salinan Geran.Dengan bermodalkan RM50 serta mengambil masa sekitar 15 minit satu salinan geran boleh diperolehi di kaunter JPJ walaupun geran asal kenderaan yg hak miliknya masih dituntut oleh insitusi kewangan disimpan oleh insitusi kewangan tersebut!
    Pada dasarnya polisi kerajaan adalah memudahkan rakyat dalam urusan seharian ini telah mewujudkan satu keadaan yg boleh dimanipulasikan oleh sesiapa shj yg mempunyai pemikiran yg kreatif.Anda mungkin terkejut sekirannya kenderaan anda yg sebelum ini dijual kpd pihak ketiga dan geran kenderaan tersebut masih disimpan oleh insitusi kewangan tetapi cukai jln boleh diperbaharui tanpa masalah oleh pengguna ketiga kenderaan tersebut.Ada sesetengah kes dimana kenderaan yg mempunyai tunggakan ansuran blnan gdn insitusi kewangan selama bertahun2 tapi masih boleh diperbaharui cukai jlnnya dgn begitu mudah.Ini belum lg diperkataan bertapa mudahnya proses Inetrchange no pendaftaran yg begitu rancak dijalankan oleh runner2 di kebanyakkan kaunter2 JPJ di seluruh negara.Cogan kata yg dipegang oleh runner2 ini adalah " ada Kepala Agong semua jadi"
    Bolehkah kita secara bersama melakukan anjakan paradigma ini utk memastikan semua kepincangan ini di perbetulkan sempena Maal Hijrah ini???Sekirannya kita dpt menutup semua ruang yg rompang ini kemungkinan besar sebahagian besar pengguna2 kereta piang ini akan berubah fikiran dan enggan lg menggunakan kereta piang apabila cukai jln tidak lg boleh diperbaharui dgn mudah.Apa guna ada kereta tapi tidak ada cukai jln dan insurans.Kalau ditahn polis atau JPJ sah2 kena saman,silap2 hari bulan kereta kena sita plak.Bila kereta dah kena sita sudah pasti pengguna 3 tidak ada sebarang keistimewaan utk mendapatkan semula kereta tersebut.Secara tidak lansung permintaan terhadap kereta piang akan menjadi berkurangan dan seterusnya penyewa2 yg culas tidak dapat lg menjual piang kereta tersebut kpd pihak ke 3 dan seterusnya ansuran blnan kereta tersebut terpaksa dibayar sekirannya tidak mahu kereta ditarik hak miliknya .Sekirannya masih enggan melunasklan ansuran tersebut, tindakan penarikan boleh dilakukan oleh repossessor.Apabila penarikan dilakukan dan penyewa masih lg gagal menjelaskan tunggakkan tersebut berserta repofees maka pihak insitusi kewangan boleh menjual semula kereta2 tersebut secara tander dan dapat mengurangkan kadar kerugian insitusi kewangan.Entahlah,tepuk dada tanya iman.....