Sunday, December 19, 2010

MASYARAKAT & REPOSSESSOR

  Salam....
   Bersua kembali kita di blog aku ni....kali ini aku akan memperkatakan tentang masyarat kita,ya....tanggapan masyarakat terhadap repossessor.Hampir 90% masyarakat di negara ini sentiasa berpandangan negatif terhadap repossessor.Agak sukar kita mengubah pandangan masyarakat terhadap perkerjaan ini dan juga individu yang melakukan kerja ini.Majoriti masyarakat beranggapan repossessor adalah samseng,tidak berperikemanusiaan,tidak berhati perut,pentingkan diri sendiri dan tidak boleh bertolak ansur.
    Bagi membuktikan perkara ini,sila sign in ke fb malaysia repo & anda akan dapati ada pelbagai komen dan kutukan terhadap repossessor.aku pasti setiap hari repossessor akan berhadapan dgn pelbagai kerenah dan maki hamun serta rayuan yang kadang kala tidak masuk akal dari pemilik kenderaan semasa penarikan hendak dilakukan. Antara ungkapan yang sering dilontarkan oleh pemilik kenderaan adalah mengenai bangsa dan agama.Mereka menggunakan alasan sesama bangsa dan agama untuk mengelak kereta mereka dari ditarik.Sedangkan mereka sendiri tahu mereka gagal menjelaskan hutang yang wajip dibayar dan penarikan terpaksa dilakukan oleh pihak bank bagi memastikan hutang tersebut boleh dikutip dari mereka.
   Sebenarnya repossessor adalah golongan yang melakukan suatu tugas yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang.Bukan senang berhadapan dengan masyarakat yang mindannya telah diajar dari awal bahawa repossessor adalah golongan yang tidak berperikemanusiaan.Perlu diingat,repossessor bukanlah kakitangan bank yang dibayar gaji bulanan,kwsp dan sokso.Repossessor adalah agen bebas yang bergerak secara bersendirian dan menjadi ahli kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.Untuk menjadi ahli persatuan ini repossessor perlu mendapat perakuan dan rekemantasi dari pihak bank terlebih dahulu.Repossessor akan di audit,diperiksa latar belakang kewangannya oleh pihak bank sebelum diperakui menjadi ahli kepada persatuan syarikat2 sewa beli Malaysia.Sekirannya bakal repossessor sendiri disenarai hitamkan oleh Bank Negara maka dia tidak layak menjadi ahli Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.Untuk menjadi ahli repossessor juga perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM400 semasa pendaftaran kali pertama dan yuran tahunan sebanyak RM200. Hanya repossessor yang berdaftar sahaja diberi kuasa untuk menjalankan kerja2 penarikan berserta arahan penarikan dari pihak bank dan diberi kad kuasa oleh pihak bank.
    Aku sendiri tidak pasti kenapa masyarakat kita sentiasa berpandangan serong terhadap repossessor.Tidak dinafikan terdapat juga segelintir kecil repossessor terlibat dgn jenayah dan kekerasan semasa melakukan kerja2 penarikan.Kami bukanlah maklaikat....Kadang-kala apabila berhadapan dengan pemilik2 kereta yang agak tegar,kekerasan atau kata2 kesat pastinya berlaku sama ada provokasi atau tindakan pemilik kereta sendiri yang enggan berkerjasama.Sekirannya perkerjaan ini adalah sesuatu sumber pendapatan yang tidak halal aku pasti Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengharamkan perkerjaan ini dari dilakukan oleh repossessor yang beragama Islam!Haramkah pendapatan yang diperolehi oleh repossessor jika melakukan kerja ini???Jauh di sudut hati aku,aku yakin pendapatan ini bukannya haram kerana kami cuma melaksanakan tugas mengutip hutang dari golongan yang mungkir janji untuk menjelaskan hutang kepada mereka (bank) yang berhak.
    Ada juga segelintir pemilik kereta yang gagal menjelaskan tunggakan kereta mereka bersikap gentelman & senang di runding.Kadang kala aku dapati mereka menunggu kehadiran repossessor untuk memulangkan semula kereta mereka kerana mereka tahu mereka sudah tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta mereka dan mereka sendiri sudah tidak sanggup dibelanggu hutang.Ini terjadi satu dalam seribu!Kebanyakkan pemilik kereta akan merayu,meminta tempoh yang lebih panjang dan enggan kereta mereka ditarik.Inilah dilema repossessor sebenarnya,sekirannya repossessor tidak menarik kereta mereka bagaimana repossessor akan mendapat " GAJI ".Pendapatan repossessor bergantung kepada kereta yang ditarik.Ada kereta masuk,ada gaji.....Aku sendiri tidak menafikan kadang kala perkara ini membuka ruang kepada repossessor untuk melakukan perkara yang tidak dibenarkan oleh seksyen 36A & seksyen 36B Akta Sewa Beli 1967 iaitu menerima apa2 bayaran dari pemilik kereta.Sesetangah pihak memanggilnya Kautim dan pihak SPRM memanggilnya RASUAH!!!Susahkan???nak tarik pun susah,nak lepas pun susah!!!Jalan terbaik bagi mengatasi perkara ini adalah memaklumkan kepada pihak bank situasi sebenar dan membawa pemilik kereta membayar ansuran semimina mungkin dan mengambil repofees yang telah ditetapkan oleh bank.Situasai ini dipanggil Menang - Menang.
       Aku menyeru kepada semua repossessor supaya sentiasa bertindak secara rasional,profesional dan mengelak sebarang kontrovasi semasa melakukan tugas kita.Aku juga menyeru kepada masyarakat supaya mengikis sebarang tanggapan terhadap repossessor.Rambut sama hitam,hati lain-lain.
Sekian.....................Wasalam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Encik, sy nak tanya. Boleh ke kereta ditarik tanpa pengetahuan pemilik kereta?

    ReplyDelete